✨Bab 48✨

501 76 17
                                    

Tiada ucapan selamat tinggal, Min Young hanya memandang susuk tubuh Jungkook menghilang dari pandangan matanya. Lelaki itu masih lagi bergelar suami, cuma dia sahaja yang tidak mahu menganggap Jungkook ialah suaminya. Bukan kerana ego, tetapi kerana kecewa. Kalau betul pun Felia menipu, Jungkook tetap akan dikejar oleh wanita itu. Felia tidak mahu nampak dia bahagia sendirian, wanita itu mahu berkongsi kasih dengannya dan dia tiada rasa langsung hendak menghalang. Malah, Min Young memaksa hatinya supaya menerima. 

Esakan halus Min Young kedengaran juga. Kelibat Jungkook sudah tiada di hadapan mata. Lelaki itu benar-benar pergi meski dia tahu Jungkook pergi kerana tugas. Lembut tangan Min Young memegang perutnya yang semakin hari semakin membesar dengan sihat. Cuma sejak dua hari ini, kandungannya diam tidak aktif. Mungkin kerana emosinya yang terganggu dan menyebabkan bayinya tidak aktif seperti selalu. 

Tiada bisikan cinta dari Jungkook, tiada usapan manja tangan Jungkook pada perutnya seperti selalu. Dan Min Young rindukan semua itu. Cuma dia tidak diberi peluang untuk merasakan lagi sekali sebelum Jungkook pergi. 

Air mata diseka dengan belakang tangan. Min Young memusingkan tubuh dan menarik langsir supaya menutupi semula tingkap. Dia tidak mahu memandang luar lagi. Biarlah rasa kecewa dan sedihnya setakat ini sahaja. Perit rasanya hendak menelan segala kepahitan yang dillalui tanpa dijangka ini. 

Ding dong! Ding dong!

Langkah kaki Min Young terhenti, kepalanya menoleh ke belakang sedikit. 

"Siapa pula tu?" Gumam Min Young. Dia mengelap wajahnya yang basah dengan tangan. Kakinya melangkah perlahan semula ke pintu rumah dan tombol pintu itu segera dipulas. 

"Hai." Wajah Min Young berubah. Matanya berkaca memandang Felia yang sedang tersenyum ke arahnya. 

"Nak apa?" Soal Min Young. Felia tertawa kecil.

"Aku nak pergi Seoul. Ikut bakal suami aku. Saja aku datang rumah kau. Nak peluk buat kali terakhir." Bernanah telinga Min Young mendengarnya. Tubuhnya terus sahaja didakap oleh Felia erat. Namun sikit pun tangannya tidak melingkar pada tubuh kurus itu. Tidak membalas pelukan Felia yang baginya agak terpaksa dan menyakitkan hati. 

"Kau nak pergi, pergi jelah. Tak payah datang sini nak berpeluk bagai. Kau bukannya nak mati pun." Kata Min Young, pedas. Felia yang mendengar terus melepaskan pelukan itu. Wajahnya berubah namun cuba dikawal. 

"Tak adalah, kalau bukan aku yang mati, manalah tahu kau. Kut-kut lepas kau tengok aku kahwin dengan Jungkook kau sakit hati lepas tu.. mati?" Mata Min Young tajam menikam anak mata Felia dan Felia membalas pandangan mata itu tanpa gentar. Sejak kejadian ini berlaku, mereka bukan kawan. Mereka menjadi lawan dan musuh ketat. 

"Kalau aku mati sekalipun, aku takkan mati dekat tangan kau."

"Of course! Aku tak nak kotorkan tangan aku semata-mata nak lenyapkan kau dekat dunia ni." Kata Felia lagi dan senyuman jahatnya mula terukir lebar. Sakit hati Min Young. Ingin sahaja tangan ini menampar wajah Felia namun disabarkan hati. 

"Felia, seumur hidup aku.. aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku dah buat. Tapi kali ni, aku betul-betul menyesal sebab aku kenal dengan kau. Kau perempuan paling kejam pernah aku kenal. Aku menyesal. Tak sangka wujud juga perempuan perampas macam kau dekat dunia ni."

"Wait, what? Perampas? Bukan kau ke yang rela nak berkongsi suami dengan aku? Hmm?" Soalan Felia tidak dijawab oleh Min Young. Dia kalah. Gigi diketap, tangan mengepal penumbuk. Hebat permainan Felia. Begitu wanita itu benar-benar ingin mendapatkan tempat di hati Jungkook sebagai penggantinya. 

"Aku tak pernah rela pun, Felia. Aku tak..."

"Macam ni lah, Min Young. Aku tak naklah kau salah faham lagi. Sebenarnya, apa yang aku bagitahu dekat kau dulu pasal Jungkook mabuk tu tak betul pun. Dia tak mabuk, dan dia tak rogol aku/ Dia cuma kena ubat. Tapi aku dengan dia buat semua tu suka sama suka. Aku goda dia, dan dia goda aku semula. Jadi tak salah rasanya dekat situ. Kitorang tetap juga buat benda tu and dia dah pun sentuh aku. Tak sia-sia aku jaga dara. Rupa-rupanya suami kau yang ambil dulu walaupun dengan bantuan ubat."

PANG!

Dengan kekuatan tangan, Min Young hayunkan tangannya dan tepat mendarat pada wajah Felia. Terteleng kepala itu ke sisi dengan pipi yang mula terbit merah. Wajah itu benar-benar terpana dengan tindakan Min Young.

"Sial kau, Felia. Aku bersumpah, aku takkan maafkan kau. Aku takkan mengaku kau kawan aku. Kau betina jalang, binatang. Aku takkan maafkan kau. Aku takkan." Menggigil tubuh Min Young dibuatnya. Sekarang dia mula rasa menyesal. Apa yang Jungkook jelaskan sebelum ini benar. Lelaki itu memang tidak mabuk dan tidak menyentuh Felia atas kerelaan hati. Suaminya diracuni dengan ubat dan bisikan goda yang durjana. 

"Aku tak rugi satu sen pun kalau kau tak maafkan aku. Kau yang rugi sebab kau bodoh lepaskan lelaki yang selama ni setia. Tapi sayang, bila dengan aku.. setia ke mana, orang ke mana. Kesian." Felia mendengus kasar. Ingin berlawan dengan Min Young yang kelihatan begitu lemah pada pandangan matanya sekarang. Dia tahu Min Young tidak akan kuat. Dia kenal wanita ini. Walaupun tidak cepat mengalah namun Min Young mudah berputus asa jika tiada sesiapa yang menyokongnya. 

"Aku letih dengan kau. Tolong berambus. Jangan ganggu hidup aku dengan Jungkook." Kata Min Young namun Felia ketawa besar. Tangan memeluk tubuh sambil menggeleng kepala. 

"Min Young, incase kau lupalahkan, aku nak ingatkan kau semula. Kau cuma ada dua pilihan sama ada kau nak suami kau atau kau nak anak kau. Kalau kau nak suami kau, kau kena serahkan anak yang kau kandungkan tu dekat aku. Tapi aku tetap nak kahwin dengan Jungkook. Bermakna, kita tetap berkongsi kasih. And kalau kau tak nak aku ambil anak kau, kau biarkan aku dengan Jungkook kahwin dan bina family kami sendiri. Kau aman. Kau bahagia dengan anak kau. Kau tak perlu bercerai pun. Sekurang-kurangnya, anak kau dari benih Jungkook juga. Okey, kan? Adil."

Kepala Min Young pusing. Terasa seperti dia diawangan-awangan. Sedih dan sakit mendengar kata-kata Felia. Begitu kejam pilihan itu diberi untuknya. Dua-dua pilihan membunuh jiwa. Dia tidak sanggup dan dia tidak mahu. 

"Kau buatlah apa kau nak buat. Aku tak nak ambil tahu. Berambus sekarang." Min Young menolak bahu Felia. Felia terkebelakang dan wajahnya agak terkejut namun belum sempat dia menjerit bersuara, pintu rumah sudah terkatup rapat. Min Young teresak. 

Kejam. Dunia benar-benar tidak adil. Untuk apa dia hidup jika pilihan yang ada cuma membinasakan hatinya sendiri? Nama Jungkook meniti pada bibir. Dia mahukan suaminya semula. Dia perlu berjuang atas nama Jeon Jungkook dan anaknya yang bakal lahir beberapa bulan lagi. 


******

Jangan risau, Min Young tak selemah yang disangka. Dia akan bangkit, cuma ambil masa yang lama since Jungkook jauh dari dia and Felia pula cuba nak rampas. Sabar semua sabar. Cerita ni panjang pula huhu.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now