✨Bab 7✨

633 108 13
                                    

Celik sahaja mata Min Young pagi ini, matanya terlihat susuk tubuh Jungkook sedang menukar pakaiannya di hadapan almari baju. Tubuh diregangkan beberapa saat sebelum dia duduk.

"Sayang?" Suara bangun tidurnya memecah sunyi bilik. Tangan menutup mulut yang sedang menguap. Dia menanti panggilannya disahut oleh Jungkook.

"Ya..." suaminya menoleh. Bibir lelaki itu tersenyum melihat dia yang juga turut sama senyum.

"Balik pukul berapa?" tanya Min Young. Dia bangun dan berjalan mendekati Jungkook lantas tubuh itu dirangkul. Matanya terpejam sambil menghidu bau tubuh Jungkook yang begitu dirindui. Begitu dia sayangkan lelaki ini. Dia obses dengan suami sendiri.

"Baru je balik." Jawab Jungkook. Dia membalas pelukan Min Young. Sejujurnya dia sedang terkejar-kejar. Dia pulang pun cuma mandi dan tukar pakaian kerana nanti dia perlu keluar semula.

"Mama okey? Papa sihat?" tanya Min Young. Jungkook angguk sahaja.

"Sihat. Papa tanya awak bila nak balik sana." Mendengar ayat itu, bibir Min Young hanya mengukir senyuman nipis sahaja. Kepalanya sedikit tertunduk.

"Bukan tak nak balik. Tapi awak tahukan mama tak su..."

"Sayang, mama tak sedar masa tu. Dia bukannya ingat apa jadi dekat dia masa dia jatuh bilik air. Dia tak salahkan awak pun. Memang takdir nak menentukan yang hidup mama macam ni. Sayang tak salah. Saya bersyukur sebab awak ada masa tu. Kalau tak ada, tak ada sesiapa yang perasan mama jatuh bilik air." Jelas Jungkook panjang lebar. Rambut lurus isterinya diusap perlahan.

Masih lagi dia ingat ketika mamanya sedar selepas diberi rawatan kerana jatuh di bilik air, Min Young diserang oleh mamanya. Pelbagai kata makian terhambur menuduh Min Young adalah punca dirinya jatuh.  Disebabkan perkara itulah mamanya kembali diserang strok dan lumpuh seluruh badan sebelum ianya menjadi teruk sehinggalah sekarang.

"Sayang percayakan saya, kan?" tanya Min Young. Jungkook mengangguk dan senyum.

"Ya. Awak isteri saya. Saya percaya awak seratus peratus." Kata Jungkook. Min Young menarik nafas panjang. Lega. Dia memeluk lagi tubuh itu lebih erat. Rindu.

"Sayang dah mandi ke?"

"Dah. Baru je siap tadi."

"Hmm.. kenapa tak bangunkan saya?" soal Min Young sambil mendongak dengan bibir memuncung. Dia merenung wajah si suami yang tenang itu. Pelukan masih belum dilepaskan. Masih kukuh dan utuh bersama.

"Sebab awak tidur."

"Kan dah pagi. Kejut jelah."

Jungkook hanya tersenyum nipis sahaja. Tiada jawapan darinya lagi. Bahu Min Young ditolak lembut. Min Young agak terkejut dengan tindakan yang secara tiba-tiba itu. Wajahnya serta-merta berubah.

"Kenapa, sayang?" Min Young hairan. Tidak pernah Jungkook berbuat begitu kepadanya selama mereka bersama. Pasti Jungkook yang mahu berlama-lama dan bermanja dengannya setiap kali bermesra tetapi kali ini lain pula. Dirinya ditolak begitu sahaja.

"Saya nak keluar. Jangan masak apa-apa okey? Masak untuk diri awak sendiri je. Saya balik lambat." Ujar Jungkook. Beberapa barangan peribadinya dicapai dari meja dan kemudian mengatur langkah ke pintu bilik untuk keluar. Min Young hilang kata buat seketika. Tiba-tiba sangat sehingga dia sendiri tergamam.

"Kunci pintu rumah. Kalau nak keluar, keluar je. Tak payah bagitahu saya. Saya okey." Kata Jungkook lagi sebelum tombol pintu dipegang dan hendak keluar.

"Jungkook," panggilan Min Young mematikan langkah lelaki itu. Kepalanya tertoleh dan menaikkan kening sedikit memandang wajah si isteri yang jelas sekali bertukar dingin.

"Ya?"

"Awak nak pergi mana sebenarnya?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now