✨Bab 21✨

539 82 3
                                    

Jungkook dan Yoongi seronok bermain Play Station 5 di rumah Yoongi. Setelah selesai membuat kerja tadi, mereka berdua meluangkan masa bersama seketika di ruang tamu dan bermain bersama.

"Jungkook! Argh!"

"Yes! Yes!"

Bersorak seronok mereka berdua. Gembira wajah masing-masing setelah berjaya menghabiskan permainan kali ke dua. Nafas terhela panjang. Jungkook bersandar pada sofa. Yoongi meletakkan alat kawalan permainan di atas meja.

"Lepas ni, dah tak ada sesiapa yang nak main PS5 dengan aku." Kata Yoongi, tiba-tiba. Jungkook segera menoleh memandang sisi wajah Yoongi yang kelihatan tenang itu. Namun air mukanya tidak seperti selalu. Seakan terbit kesedihan pada wajah itu walaupun Yoongi memang mempunyai raut wajah yang dingin.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Jungkook. Yoongi cuma tersenyum sumbing.

"Kau kan pergi jauh. Aku pula.. entah bila boleh jumpa kau lagi." Kata Yoongi. Jungkook menarik nafas panjang. Dia termenung seketika.

"Aku cuba balik dalam keadaan bernyawa." Dalam maksud Jungkook. Yoongi memandang rakannya itu. Wajahnya tiada senyuman mahupun riak wajah. Tenang sahaja.

"Kau mesti balik dalam keadaan bernyawa." Jungkook mengangguk dan tersenyum. Bahu si kawan ditepuk sekali. Yoongi membalas senyuman itu. Senyuman yang tersirat penuh makna.

Ding dong!

Ding dong!

Tumpuan Yoongi dan Jungkook teralih. Kepala mereka menoleh serentak ke belakang, memandang pintu rumah.

"Tunggu sekejap, aku tengok siapa dekat luar." Kata Yoongi sebelum dia bangkit dari duduknya. Jungkook menyambung memilih permainan mereka yang seterusnya sementara menunggu Yoongi melihat gerangan di luar.

Langkah kaki Yoongi kini tiba di pintu rumah, tombol pintu dipulas dan kemudian duan pintu dibuka. Riak wajah lelaki itu jelas sekali berubah.

"Dah ready nak mati?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now