✨Bab 52✨

460 79 12
                                    

Felia membawa kotak besar yang diambil dari dapur untuk dibawa naik ke atas. Pintu bilik Jungkook yang sudah berjaya dibuka itu terbuka luas. Sengaja dikuak selebar yang boleh untuk dimasukkan segala kotak-kotak yang ada. Kotak besar dibawa masuk ke dalam dan dihempas ringan di atas lantai. Nafas lelah dilepas kasar sambil memandang sekeliling bilik yang bersih dan kemas ini.

"Barang kau, aku buang. Aku gantikan dengan barang aku." Bisik Felia perlahan. Matanya meneroka satu per satu barangan yang ada di atas meja solek. Kemudian beralih pula ke arah ruangan baju yang ditutupi dengan pintu kaca. Semuanya.. hampir dipenuhi dengan barangan milik Min Young.

Tanpa menunggu lama lagi, Felia terus mencapai bingkai gambar perkahwinan Jungkook dan Min Young yang tergantung elok di dinding bersebelahan dengan pintu bilik. Walaupun berat, dia tetap ingin juga mengangkat dan masuk ke dalam kotak besar itu. Habuk yang melekat dikebas pada baju, Felia kemudiannya beralih ke arah meja solek. Segala jenis alat solek, produk penjagaan muka dan aksesori milik Min Young dikeluarkan dan dicampak kasar ke dalam kotak. Tiada rasa ragu walau sezarah pun dalam hati. Felia benar-benar ingin melenyapkan Min Young dalam rumah ini. Dia mahu dirinya pula yang menggantikan wanita itu dalam hidup Jungkook.

Selesai di bilik, Felia ke bahagian almari baju pula. Pintu bilik persalinan itu ditolak dan matanya terus menangkap ruangan pakaian Min Young.

"Aku cemburu dengan kau. Cemburu sangat, Min Young. Apa yang kau nak, kau dapat. Kau nak kaya, kau nak bahagia, kau nak ada suami yang baik, yang kacak, semua kau dapat. Sampaikan aku pun kau lupa." Felia tertawa lagi. Dia terus sahaja menangkap segala pakaian Min Young dan dicampak ke luar. Jam tangan, barang kemas, kasut dan sebagainya semua sekali dikeluarkan sehingga yang tinggal di dalam bilik persalinan itu cuma baju dan barangan Jungkook sahaja.

Felia tersenyum bangga. Sikit sahaja lagi sebelum dia membawa masuk pula pakaian dan barangannya. Nanti dia akan pulang ke rumahnya semula untuk membawa segala barangan yang ada untuk dipindahkan ke rumah ini.

Jungkook akan kembali dalam masa dua bulan akan datang. Jadi, Felia perlu menyelesaikan semuanya sebelum terlambat.

"Mesti awak suka. Kan, Jungkook?"


*****

Kalau sempat, saya habiskan hari ni hekhek

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now