✨Bab 15✨

607 91 4
                                    

Min Young masuk ke dalam bilik. Dia menapak perlahan-lahan sambil melihat susuk tubuh Jungkook yang tidak berbaju sedang tidur di atas katil. Senyuman Min Young mula terbit dengan hati yang sedikit lega. Lama mereka tidak bertegur kerana kejadian siang tadi. Min Young sengaja memberi ruang kepada suaminya untuk bertenang walaupun tadi dia dimarahi.

Min Young rindukan suaminya yang satu ini. Lama dia memerhati susuk tubuh sasa Jungkook. Tubuh yang selalu membuatkannya tewas dan lelah apabila bersama.

Tali baju tidur yang diikat pada bahagian pinggang ditarik dan terus terlerai dengan mudah. Kemudian ditanggalkan pakaian itu dari tubuhnya dan dibiarkan udara menyentuhi kulit tubuh yang tidak dilindungi dengan apa-apa pakaian yang lain.

Kaki menapak sehingga mendekati katil, Min Young memanjat dan naik ke atas tubuh Jungkook. Kakinya diletakkan antara pinggang Jungkook dan menundukkan tubuh sehingga kulit mereka bertemu.

"Sayang..." suaranya berbisik pada telinga Jungkook. Dada lelaki itu diusap lembut. Dia mahu suaminya lupakan apa yang telah berlaku hari ini dan biarlah suaminya ingat tentang dia sahaja. Dia rasa cemburu dan diduakan jika Jungkook ingat tentang orang lain walaupun orang itu jauh lebih penting dari dirinya.

"Sayang.." Min Young panggil lagi. Pipi dan leher Jungkook dicium lama. Menghidu bau asli yang begitu dirindui dari tubuh lelaki ini.

Jungkook yang rasa terganggu dengan sentuhan dan rangsangan itu terus sahaja bergerak. Dia mencelikkan mata dan memandang tubuh Min Young di atasnya.

"Eh, Min.."

"Shh.. jangan cakap apa-apa." Tidak semena-mena bibir Jungkook dikucup. Sambil tangan mengusap dada bidang lelaki itu perlahan-lahan. Pada awalnya Jungkook tidak membalas ciumannya tetapi lama kelamaan terasa ada sepasang tangan melekap pada belakang tubuh dan pinggangnya. Ciumannya juga turut dibalas dan mereka khayal buat seketika.

"I miss you, sayang. I want you.." bibir Min Young tersenyum sumbing mendengar suara garau Jungkook memecah sunyi bilik mereka. Nafas lelaki itu juga kedengaran berombak. Akhirnya.. suaminya tidak menolak. Umpannya berjaya. Mana ada kucing yang menolak ikan depan mata. Paling tak pun jilat sikit buat rasa-rasa.

"Miss me? Hmm?" soal Min Young sambil memegang kedua belah pipi Jungkook. Dia melihat wajah kacak itu lama. Hatinya cair. Wajah inilah yang digilakannya suatu masa dulu. Begitu sukar dia hendak memujuk dan menggoda lelaki ini. Pelbagai perkara dia sanggup lakukan asalkan Jungkook menjadi hak miliknya yang sah.

Kini, sudah menjadi suami kepadanya. Sudah setahun berlalu dan setakat ini tiada sesiapa yang boleh menghalang dirinya dari terus memiliki si Jeon Jungkook.

"Miss you so much, sayang." Mendengar Jungkook berkata begitu, Min Young terasa seperti dirinya diselimuti rasa nafsu yang bukan sedikit. Lehernya diterokai oleh lelaki itu, belakang tubuhnya terasa dicengkam kasar. Pinggangnya yang kecil mudah sahaja dipegang oleh Jungkook. Tubuhnya terasa diangkat dan semakin merapat.

"Buka." Suara garau itu kembali berbunyi. Min Young memandang Jungkook yang hilang dalam nafsu. Bibirnya tersenyum lagi. Tangan mencari butang seluar Jungkook dan terus dibuka tanpa berfikir panjang. Lelaki ini memang miliknya sepenuhnya. Tiada yang mampu menghalang. Hati terasa menang besar kerana dapat membuatkan Jungkook melupakan perkara yang sudah berlalu itu.

"I'll be gentle."

Min Young tertawa kecil mendengar ayat itu.

"Kali ni, I don't you to be gentle with me. I'm yours." Jungkook menggigit bibirnya. Tercabar. Pantas dia bangun dan tubuh Min Young ditolak ke atas katil. Terkejut wanita itu. Namun dia yang menginginkan. Jadi dia perlu menerima dengan hati yang rela dan tubuh yang bersedia.

"Jangan merungut kalau tak boleh nak berjalan esok." Bisik Jungkook sebelum bibir Min Young diciumnya lama. Geram. Tak tahan. Rasa tercabar yang bukan sedikit. Kelakuannya tidak berhenti malah terus sahaja mengusik nafsu Min Young yang sedari tadi rela.

Mereka khayal lagi.. dalam keadaan hati Min Young begitu lega dan menang. Akhirnya.. Jungkook menjadi miliknya semula.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now