✨Bab 37✨

519 82 16
                                    

Felia sedang menyapu krim di atas permukaan kek. Menyapu rata dengan perlahan dan sempurna. Fokus betul sehinggakan tidak sedar susuk tubuh seseorang sedang mendekati.

"Min Young mana?" Kepala Felia terangkat dan serta-merta bebola matanya meluas.

Jungkook!

"Err... emm dia.. dia dek..."

"Sayang?" Terhenti ayat gagap Felia tatkala Min Young muncul dari muka pintu rumah. Jungkook yang hairan tadi pada awalnya terus memusingkan tubuh dan tersenyum. Felia menelan liur, kepala kembali ditundukkan. Cuba fokus pada kek tetapi ekor matanya galak memerhati tingkah pasangan itu.

Berpelukan, sesekali cium sesama sendiri, gelak tawa yang jelas sekali mengusik emosi Felia. Dia cemburu. Cemburukan rakan baik sendiri.

Felia habiskan menyapu krim pada kek dan kemudian dia mengambil satu lagi lapisan kek yang sudah siap pada awal tadi untuk disatukan bersama. Jadilah kek berkrim putih kosong tanpa hiasan berukuran 6 inci tinggi dan 6 inci diameter.

Dia cuba fokus semampu boleh. Menggigil kecil tangan mengambil strawberi dan beri di dalam bekas untuk dihiris nipis.

"Felia!" Panggil Min Young. Felia angkat kepala dan menelan liur apabila Jungkook melewati di sebelahnya untuk mengambil minuman di peti ais yang berada di belakang. Sungguh ketara rasa itu sehingga hampir terduduk. Aura Jungkook memang lain macam.

"Ya?"

"Aku nak keluar sekejap, nak beli strawberi lagi. Ada nak pesan apa-apa tak?" Soal Min Young. Felia kerut dahi.

"Kau nak keluar dengan siapa?"

"Sorang je. Dekatlah. Cepat, nak kirim apa?" Tanya Min Young lagi. Felia kemam bibir. Otak tak berfungsi walaupun dia sebenarnya ada nak beli sesuatu.

"Macam tak ada kut, Min Young."

"Min Young nak belanja tu. Fikir cepat. Dia kedekut sikit nak belanja orang. Ni lah masa awak ambil peluang." Tiba-tiba suara Jungkook bergema dan akhir ayat itu tawa Jungkook pecah. Berdegup laju jantung Felia. Tertelan air liur yang mula tersekat dikerongkong.

"Ish sayang!" Min Young ketawa. Felia rasa nak pengsan di situ juga tatkala tangan berurat Jungkook selamba muncul di tepinya. Buah strawberi yang belum dipotong diambil dan selamat masuk ke dalam mulut.

Sabar, Felia. Suami orang.

"Beli strawberi je kut? Sebab.. su.. suami kau dah ambil satu ni." Kata Felia. Gagap sikit kerana gelabah. Jungkook cuma biasa. Dia mengunyah strawberi dalam mulut tanpa rasa bersalah kerana mengambil buah hiasan untuk kek walaupun sudah dijeling oleh isteri. Pencuri strawberi!

"Eeee.. sengajakan ambil orang punya." Gerutu Min Young. Dipandang susuk tubuh suaminya yang kian menjauh naik ke atas semula. Felia tarik nafas panjang tanda lega. Tadi rasa macam nak pecah dada.

"Betul ni strawberi je?" Tanya Min Young lagi. Dia mendekati Felia dengan lebih rapat. Felia angguk dan senyum.

"Okey, kalau macam tu.. aku pergi dululah. Kalau kau dah siap ni, kau potong satu slice untuk orang yang kat atas tu. Nanti dia turun ambil sendiri." Kata Min Young. Dia menaikkan jari telunjuk ke atas untuk menandakan bahawa dia sedang bercakap soal Jungkook.

Felia angguk dan senyum pahit sahaja. Dia memandang Min Young dengan baby bump yang comel itu sebelum terus hilang dari pandangan matanya. Min Young keluar sebentar ke kedai buah-buahan segar untuk membeli buah dan beberapa jenis barang lain.

Felia kembali menyambung menghias kek pertama ini. Kek strawberi. Kemas, cantik dan nampak mewah. Tersenyum bibirnya. Entah kenapa, dia rasa seperti membuat kek untuk Jungkook pula padahal Min Young yang menyediakan semua bahan. Dia cuma menghias dan melihat sukatan sahaja.

Sebaik sahaja selesai kek strawberi itu dihias, Felia masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan seketika untuk beberapa minit. Sementara itu, dia mula menyediakan bahan untuk kek keduanya pula.

"Felia, Min Young dah pergi ke?"

PRANG!

Mangkuk yang berisi telur dua biji terlepas dari tangan Felia dan pecah di atas lantai. Mangkuk itu pula berpusing dan berhenti di kakinya. Felia terperanjat besar dengan panggilan itu.

"Awak terkejut ke? I'm sorry." Meluru Jungkook menapak ke arahnya dengan wajah yang serba salah. Lelaki itu mencapa mangkuk di kakinya dan diletakkan di atas kitchen island. Kemudian tisu gulung diambil, dikoyakkan dan lantai dilap bersih kerana telur pecah tadi. Felia masih tercengang.

"Saya nak tanya awak tadi, Min Young dah pergi ke belum sebab terlupa nak kirim dia something. Sorry, saya tak sengaja." Hati Felia secair aiskrim. Jantungnya berkerja keras. Betapa baiknya seorang Jungkook. Minta maaf, menerangkan dengan suara lembut dan tidak dingin. Aduhai hati...

"Ohh.. dia dah pergi. Saya terperanjat sebab tadi fokus sangat. Lepas tu awak dah naik atas tapi tiba-tiba je muncul. Tu yang terkejut." Kata Felia. Barulah dia ada rasa hendak bersuara. Mata tunduk memandang Jungkook yang masih membersihkan lantai. Kakinya juga ada terkena percikan telur namun dibiarkan sahaja.

Jungkook bangun dan buang tisu kotor bersama kulit telur ke dalam tong sampah. Felia tersenyum lagi lebar. Betul-betul gentlemen.

"Eh, kaki awak tu terkena telur."

"Eh! Ni tak ap.."

Ayat Felia terhenti tatkala Jungkook terus menerpa, tunduk dan lap kakinya dengan tangan sasa itu sendiri. Pergelangan kaki dipegang erat oleh lelaki itu. Felia terdiam lama. Badan tidak seimbang ditahan pada kitchen island.

"Okey dah." Jungkook bangun dan cuci tangannya yang memegang telur pecah tadi. Wajahnya nampak sungguh bersahaja. Felia pula macam rasa nak pitam.

Kali kedua, Jungkook bertindak seperti itu. Dulu ketika dia terkena air panas kopi. Dia masih ingat bagaimana tangan itu menyingkap skirtnya ke atas sehingga menampakkan paha. Dan sekarang, kaki pula. Sanggup lelaki itu memegang kakinya yang jelas sekali boleh sahaja dicuci sendiri.

"Terima kasih awak." Ucap Felia sambil tersenyum manis.

"Welcome." Malu-malu ingin memandang Jungkook yang jelas sekali tidak membalas senyumannya tadi. Felia kemam bibir. Rasa nak ketuk tangan dekat dahi tapi tak mahu terlalu ketara jadi dia cuba menyibukkan diri walhal dia rasa sangat berdebar.

Jungkook ke peti ais. Entah apa yang dicarinya sehingga terasa lama lelaki itu berdiri di belakangnya. Felia menunduk, kemam bibir dan pejamkan mata sehingga tanpa sedar dirinya diperhati.

"Hei, are you okay?" Soal Jungkook. Felia buka mata dan memandang Jungkook yang berada di sebelahnya. Lelaki itu sedang memegang segelas air susu.

Alamak.

"Err.. tak.. tak.."

Jungkook beredar. Dalam hati cuma berbisik, kenapa Min Young berkawan dengan manusia sepelik Felia.

"Err.. Jungkook!" Felia memanggil dan kaki Jungkook terhenti melangkah. Tubuh dipusingkan semula.

"Yes, Felia."

"Emm... tadi Min Young suruh saya hantar kek dekat bilik awak." Felia susun kata sehabis baik walaupun sebenarnya dia tidak merancang mahu berkata begitu. Apa yang Min Young pesan kepadanya lain dari apa yang dia katakan kepada Jungkook.

"Dia yang suruh?" Soal Jungkook. Jelas sekali hairan sungguh dengan kata-kata Felia. Min Young yang kuat cemburu tu.. suruh perempuan lain hantar makanan sampai ke bilik? Pelik.

"Haah. Dia yang suruh saya."

"Ohh.. tapi saya tak nak makan kek sekarang ni. Tak payah hantar. Nanti saya ambil sendiri."

"Tak apa. Nanti saya hantarkan." Jungkook angkat kening sebelah. Felia tersedar bahawa dirinya terlebih teruja, terus dia hapuskan senyuman yang melebar tadi. Wajahnya ditenangkan agar kembali serius.

Jungkook pula hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Maksudnya, setujulah tu!

Felia memandang susuk tubuh sasa lelaki itu naik ke atas semula. Nafas panjang dilepaskan. Begitu lama dia berlawan dengan perasaan sendiri tadi. Felia sedar dia sudah hilang akal sukakan suami orang, suami rakan baik sendiri tetapi selagi dia tidak luahkan perasaan itu kepada Jungkook, dia tidak akan puas hati walaupun dia sedar dirinya akan ditolak mentah-mentah.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now