✨Bab 50✨

543 76 15
                                    

"Thank you." Seiring dengan ucapan terima kasih, satu sampul surat berwarna coklat mendarat di hadapan muka wanita yang selesai membantunya. Tidak disangka-sangka, akhirnya dia dapat menjejaki Jungkook sehingga ke sini. Niat untuk mencari rumah sewa bertukar lain, Felia kini menjadi pembantu rumah selama dua bulan di rumah Jungkook.

"Ta.. tapi, saya.."

"Kalau awak tak kantoikan, tak ada sesiapa yang tahu pun." Kata Felia sambil tersenyum. Dia melihat wanita di sebalik cermin itu dengan rasa puas hati. Agensi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah rumah sewa, kereta sewa dan pembantu rumah. Niatnya ke sini untuk mencari rumah sewa tetapi wanita yang bertugas untuk melayaninya itu menerima panggilan. Sebaik sahaja telinganya terdengar nama penuh Jungkook disebut, terus Felia mengeluarkan satu sampul surat coklat yang berisi wang di dalam beg tangannya. Maka, satu kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi. Spontan, tanpa dirancang. Nama palsu sebagai Fia juga terlintas begitu sahaja. Kini, Felia sudah pun menjadi pembantu rumah Jungkook. Mudah. Tak perlu cari sendiri, dah ada yang tolong carikan.

"Saya bukan apa, cik. Kalau saya tak perlukan duit ni, saya..."

"Awak nak lebih pun saya boleh bagi. Tapi dengan syarat. Awak kena ikut syarat yang saya bagi. Itu pun kalau awak nak lebih. Kalau tak nak, tak apa." Kata Felia lagi. Ayatnya benar-benar mengusik jiwa wanita yang bertugas tersebut. Memang dia sedang dilanda masalah besar. Banyak hutang tertangguh, suami tidak bekerja kerana cacat akibat kemalangan, anak-anak pula masih bersekolah. Tawaran Felia memang mampu mengubah hidupnya seperti dahulu. Cuma, kesan buruk dan riiskonya sangat besar.

"Setuju tak?" Soal Felia sambil menundukkan kepalanya sedikit supaya rapat pada cermin dan wanita itu dapat mendengar suaranya dengan jelas. Mujur yang bertugas di kaunter dijarakkan lebih satu meter. Jadi perbualannya bersama wanita itu tidak akan didengari oleh petugas yang lain.

"Syaratnya apa?" Soal wanita itu. Meminta syaratnya dahulu.

"Senang je. Segala apa yang saya buat dekat rumah Tuan Jeon, awak tak boleh masuk campur. Saya bakal isteri dia and saya boleh buat apa-apa yang saya nak dekat rumah tu. And if awak kena buang kerja sekalipun, biar saya yang tanggung hidup awak sekeluarga. Awak tak perlu runsing nak bayar bil telefon, rumah sewa, kereta and hutang-hutang suami awak. Deal?"

Wanita itu kelihatan sedikit lega. Sedikit sebanyak termakan juga pujukan Felia in. Dia benar-benar memerlukan wang untuk melangsaikan segala hutang yang ada. Mengharapkan kerja sebagai seorang khidmat pelanggan tidaklah sebesar mana gaji itu. Namun hatinya juga turut berat untuk bersetuju dengan syarat tersebut kerana segala apa aduan yang dibuat oleh pelanggan, dia yang akan menanggung sakit dan susahnya.

"Saya fikirkan semulalah, Cik Felia."

"No. Awak kena bersetuju sekarang juga. Saya offer awak untuk hari ni je. Kalau esok tiba-tiba awak nak bersetuju, saya tak layan. Jangan risau, saya bukan scammer. Saya bekas lawyer. Saya tak senang-senang nak menipu orang atau bagi harapan palsu dekat orang yang susah macam awak." Felia menyakinkan lagi dan akhirnya satu senyuman terbit pada dua ulas bibir wanita itu. Kepalanya terangguk, terasa dadanya lapang dan luas. Segala beban yang tertanggung pada bahu selama ini seakan-akan jatuh ke tanah begitu sahaja. Lega. Cukup lega.

"Kalau macam tu, baiklah. Saya bersetuju dengan offer Cik Felia."

"Ingat, awak tak boleh halang saya buat apa-apa dekat rumah Tuan Jeon. Saya nak tidur rumah dia ke, saya nak ubah rumah dia ke, tu semua hak saya. Dia bakal suami saya dan saya bakal isteri dia." Kata Felia lagi, berbangga sungguh dengan status 'bakal suami' itu.

"Emm maaf tanya tapi setahu saya... Tuan Jeon dah berkahwin dengan..."

"Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, saya pengganti isteri lama dia." Jawab Felia pantas dan lancar. Dia tegakkan tubuh dan menyeluk tangan ke dalam begnya lagi. Beberapa keping wang not besar ditarik dari dalam dompet lantas diletakkan di atas sampul surat coklat berisi wang yang dihulur kepada wanita itu tadi.

"Ambil baki duit ni, lepas ni kalau ada orang tanya saya ni siapa, awak cakap saya ni bakal isteri Jeon Jungkook. Okey?" Arah Felia. Sanggup dia menambah lagi wang kepada wanita itu untuk mengakui dirinya sebagai bakal isteri Jungkook.

"Baik, cik."

Felia tersenyum puas. Sedikit masa sahaja lagi dia bakal menggantikan tempat Min Young sebagai isteri Jungkook. Dia tidak meminta Min Young untuk bercerai dengan Jungkook. Cukuplah dia berkongsi kasih sahaja. Min Young tetap boleh menjalani hidupnya seperti biasa.

Dulu rasanya dia tidak setekad ini. Puas dia mengusir perasaan yang satu itu supaya pergi tetapi selalu sangat datang. Lebih-lebih lagi Min Young selalu meminta dia agar datang ke rumah yang di Pulau Tiara. Memang selalu bersemuka dengan Jungkook. Jungkook pula seakan-akan menggodanya. Berdiri rapat, ambil berat, budiman. Cair!

Apa yang Min Young ada, dia juga turut mahu ada juga. Min Young ada Jungkook, dia juga mahu Jungkook. Min Young bakal ada anak, dia juga sama mahukan anak juga sehinggakan sanggup memerangkap Jungkook supaya menidurinya. Dan dia dapat merasa tubuh itu merapat dengannya, dapat merasa benih Jungkook masuk ke dalam rahimnya. Felia benar-benar berharap agar dirinya mengandungkan zuriat Jungkook. Pedulilah apa yang Jungkook mahu katakan, dia tetap nakkan Jungkook juga. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now