✨Bab 39✨

487 83 16
                                    

Jungkook menyiapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan melalui atas talian. Disebabkan dia akan kembali bertugas tidak kurang sebulan dari sekarang, jadi sedikit sebanyak dia perlu juga melihat senarai nama anggota tentera baru yang bakal menjaga nama baik negara mulai dari bulan hadapan. Satu per satu nama dibelek dan memeriksa supaya setiap nombor telefon, nombor ID tentera, nombor kad pengenalan betul tanpa ada silap satu pun. Kerjanya nampak mudah tetapi hendak memastikan seramai 350 orang itu lengkap tanpa silap sangat susah. 

Hari ini Min Young keluar untuk ke kafe resort agak awal dari biasa. Isterinya itu mahu mengadakan mesyuarat mengejut kerana baru menerima laporan dari pelanggan bahawa ada makanan yang sudah tamat tempoh dihidangkan. Nampaknya cair telinga staf dan pekerja mendengar bebelan panjang Min Young. 

Jungkook sandar tubuh pada kerusi. Terasa lenguh urat saraf ketika ini. Mata memandang jam digital yang menyala di atas meja. 

Dah tengah hari. 

"Kejap lagi baliklah tu." Gumam Jungkook. Berharap agar Min Young pulang lebih awal kerana dia mula rasa rindu dan memerlukan tangan lembut Min Young mengurut segala urat sendinya yang terasa ketat. 

Jungkook pejamkan mata seketika. Ingin lelapkan mata yang terasa letih. Lama Jungkook berdiam diri dan tanpa sedar dia mula terlelap. Dalam 15 minit berlalu, tidurnya terasa diganggu. Pipinya terasa disentuh dan lehernya terasa diurut lembut. Mata masih terpejam, namun Jungkook tersenyum. Dia tahu gerangan yang berada di belakangnya itu walaupun hidungnya pelik menghidu bau wangian yang menusuk itu. Macam bukan minyak wangi yang Min Young selalu guna. Tapi...

Jungkook tersentak seketika apabila terasa bibirnya mula dikucup. Kening berkerut, kenapa lain? Kenapa macam bukan Min Young? Kenapa...

"Saya suka awak, Jungkook."

Jungkook terus buka mata. Damn!

"Felia!"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now