✨Bab 41✨

527 82 4
                                    

Jungkook termenung lama di luar rumah. Menarik nafas panjang dan kemudian dihembus lambat-lambat. Wajahnya kelihatan tegang dan jelas sekali dia banyak memikirkan perkara yang sepatutnya tidak perlu lagi difikir.

Min Young merajuk lama, sedangkan dia cuma ada beberapa hari lagi sahaja di sini sebelum dia kembali bertugas. Selepas itu dia akan kembali sibuk dengan hal kerja. Kadang-kala nak makan pun rasa tak sempat. Tinggal sisa-sisa hari ini sahaja yang ada untuk dia memujuk Min Young.

Bukan Jungkook tidak berusaha hendak memujuk, tetapi dia sudah berjanji dengan diri sendiri mahu memberi ruang kepada isterinya. Apabila Min Young sudah tenang, wanita itu sendiri akan mendekatinya semula walaupun sejujurnya dia risau dengan keadaan Min Young yang sedang mengandung. Kini sudah 6 bulan tepat tetapi tingkah laku Min Young tetap lasak.

Lamunan Jungkook terhenti apabila dia terdengar bunyi pintu rumah ditutup rapat.  Jungkook menoleh dan figura Min Young kelihatan. Berpakaian santai dan sedang menapak ke arahnya. Entah kenapa, Jungkook rasa debar lain macam.

"Hai." Janggal, tetapi Jungkook tetap tegur juga. Dia memusingkan tubuhnya memandang Min Young yang kini sudah berada di sebelahnya. Mata Jungkook jatuh pada satu sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat cerah yang dipegang oleh isterinya.

"For you." Seperti yang sudah dijangka, Min Young hulur sampul surat tersebut kepadanya. Jungkook sambut lambat-lambat. Dibelek seketika sebelum memandang Min Young yang menunjukkan riak kosong. Tiada aura seperti dulu.

"Apa ni?"

Min Young cuma diam. Jungkook buka sampul itu dan menarik keluar isi dalam. Matanya laju membaca setiap satu perkataan yang bertulis dan serta-merta lutut terasa longgar dan lemah.

"Sign sebelum awak on-duty semula."

"Bercerai?"

Jungkook memandang Min Young dengan reaksi tidak percaya. Begitu lama dia memberi ruang dan waktu buat Min Young lebih dari seminggu, rupa-rupanya ini yang dia dapat dari apa yang dia harapkan?

"Tak ada sebab lagi kita nak bertahan, Jungkook." Kata Min Young dengan suara rendah. Dia menunduk, tidak memandang wajah suaminya. Entahlah, semakin dipandang, semakin rasa tak yakin dengan diri sendiri walhal keputusan yang dibuatnya ini adalah kerana kehendak hati. 

"Apa awak cakap ni? Sayang, listen and look at me. Saya tak pernah terfikir nak berpisah dengan awak dan saya tak tahu apa salah saya. Saya dah explain dekat awak, awak pun dah tahu apa yang berlaku. Felia sendiri dah mengaku yang dia sukakan saya. Saya tak ada hati dengan dia langsung pun." Terang Jungkook sekali lagi. Nafasnya terhela panjang. Dia kecewa. 

"Felia lebih baik dari saya."

"Min Young!"

Bahu Min Young terangkat kerana terperanjat dengan suara lantang Jungkook. Dipandang Jungkook lama dengan rasa hati yang bercampur aduk. Mata mula berkaca dan bibir bergetar. Sebak. 

"Jangan sesekali cakap macam tu. Tak ada perempuan lain yang boleh buka hati saya, tak ada perempuan lain yang boleh ganti awak dalam hidup saya. Please.. jangan cakap macam tu lagi."

"Dia sukakan awak. Dia jauh lebih baik dari saya. Dia mengaku, dia berani yang dia sukakan awak. Dia tak pernah sukakan mana-mana lelaki sebelum ni. Seumur hidup dia, dia tak pernah langsung terfikir nak cari pasangan hidup. But once dia dah suka dengan orang tu, maksudnya dia memang betul-betul suka. Awak tak boleh kecewakan dia. Awak kena terima dia sebagai pengganti saya." Kata Min Young panjang. Jungkook ternganga. Terasa geram dan marah. Terus direnyukkan kertas yang dipegang tadi bersama dengan sampul surat sekali, kemudian dicampak ke atas tanah yang berpasir. Air mata gugur tanda sedih dan geram yang bukan sedikit terbuku di hati.

"Jangan atur hidup saya, jangan buat apa-apa yang boleh buat saya sakit dekat sini." Jungkook tepuk dada kuat. Matanya merah memandang Min Young yang turut sama menangis waktu ini. 

"Tak ada sesiapa yang boleh ganti awak dalam hidup saya. Awak hilang jauh ke mana sekalipun, nama awak tetap dekat sini." Nafas Jungkook tersekat, dada turun naik menahan esak tangis yang berlagu. Langsung dia tidak menyangka bahawa keadaan akan menjadi seteruk ini. 

Min Young tidak berkata apa-apa, dia terus pusingkan tubuh dan mengatur langkah laju masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas kuat dan terus esakannya pecah. Dada disentuh dan ditekan kuat, cuba menghilangkan rasa sedih dan sebak yang datang secara serentak. Bergetar ulas bibir merah itu. 

Jungkook pula terduduk di luar dengan air mata yang laju mengalir. Seteruk mana kelakuan Min Young terhadapnya, tidak pernah sekalipun terlintas di kepala untuk berpisah. Tetapi entah kenapa hari ini Min Young menyebut lagi soal itu. Dulu pernah ketika mereka bergaduh, hari ini sekali lagi ianya berlaku. Sungguh, hati lelakinya begitu rapuh hendak menanggung setiap satu sakit dan perit di hati. 

Tuhan, kuatkan aku untuk semua ini. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now