✨Bab 28✨

640 91 10
                                    

"Jungkook!"

Min Young memekik bagai nak gila. Dirinya resah mencari sesuatu yang sepatutnya ada di dalam bilik tetapi sebaik sahaja dia keluar dan memakai baju, barang yang dicarinya itu tiada. Hilang!

"Jungkook! Jeon Jungkook!" Tubuh Min Young separuh menggigil. Dia menuruni tangga dengan pantas sehinggakan hampir terjelopok jatuh. Namun digagahkan diri yang benar-benar marah ini. Jungkook yang tenang memejamkan mata di atas sofa itu diterpa.

"Hei! Mana barang saya, hah?!" Jerit Min Young marah. Ditampar dada sasa Jungkook. Lelaki itu hampir terlompat. Tamparan itu menyengat menyentuh jantungnya yang tadi berdegup tenang. Namun sebaik sahaja dirinya dijerkah, nak terkeluar rasanya jantung dari badan.

"Barang apa?" Jungkook menguap kecil. Terpisat-pisat baru bangun dari lelapnya.

"Barang sayalah. Siapa lagi yang ambil dalam rumah ni? Awak yang masuk dalam bilik saya, kan?" Soal Min Young lagi. Dia benar-benar hampir mati. Itu sajalah stok yang dia ada. Dia belum bersedia untuk berhenti begitu sahaja. Dia masih perlukan barang itu sebagai penenangnya.

"Awak sendiri yang nampak saya tak masuk dalam. Saya baru nak masuk, awak suruh saya keluar. Bila masa saya ambil?" Kata Jungkook. Min Young ketap bibir. Betul juga. Ah, dia peduli apa.

"Jangan tipu saya, Jungkook. Kalau saya dapat tahu awak ambil, siap awak."

"Buatlah apa-apa sekalipun, Min Young. Saya dah tak kisah. Asalkan awak dah tak ambil benda tu semua." Ujar Jungkook. Dia bangun dan duduk. Tubuhnya disandar pada sofa. Matanya memandang Min Young dengan tenang tanpa memberikan reaksi apa-apa.

"Jadi betullah memang awak yang ambil?" Mata Min Young mengecil, tangan memeluk tubuh. Begitu dia marah dengan Jungkook ketika ini. Rasa marah yang betul-betul marah.

"Kalau betul pun, benda tu saya dah buang. Awak dah tak boleh nak kutip balik."

"Jeon Jungkook!" Suara Min Young naik seoktaf. Tubuhnya benar-benar sedang menggigil menahan kemarahan yang bukan sedikit.

Jungkook pula cuma silang kaki dan peluk tubuh sambil menayangkan wajah bersahajanya. Sengaja dia menguji kesabaran Min Young yang memang sedang menipis. Marahnya menggelegak. Dia kenal isterinya. Dia tahu hendak memujuk baran wanita macam mana.

"Awak cakap dekat saya, dekat mana awak buang benda tu? Hmm? Dekat mana?" Tanya Min Young. Suara bergetar menahan pelbagai perasaan yang menggila di dada.

Jungkook garu kening. Dia memandang Min Young. Tangan isterinya cuba diraih tetapi pantas sahaja ditepis.

"Saya buang dalam tong sampah kat dapur. Lepas tu saya buang isi dia dekat laut."

"Apa?!!"

Jungkook angkat kedua belah bahunya. Benar-benar bersahaja. Bagai tiada langsung rasa bersalah di hati. Min Young naik gila. Dia mengetap gigi kuat lantas tanpa berfikir panjang, tubuh Jungkook diterpa laju. Dia naik ke atas riba Jungkook dan memukul bahu dan dada suaminya dengan tangan yang mengepal penumbuk.

"Saya menyesal kenal awak, saya menyesal kahwin dengan awak! Awak tak pernah faham saya, awak tak pernah mengaku salah awak! Saya benci awak, Jungkook! Argh!" Min Young memukul kuat tanpa henti sehingga tangannya menjadi sakit. Jungkook cuma diam. Tangannya melingkar pada pinggang Min Young. Matanya memandang wajah merah padam Min Young yang berada dekat dengannya ini. Terasa bahu dan dadanya hendak terbenam ke belakang tetapi tidak dihiraukan. Pukulan dan tamparan itu apalah sangat nak dibandingkan dengan perbuatannya yang sudah mengecewakan si isteri ini.

"Saya benci awak..." air mata Min Young gugur akhirnya. Esak tangis kedengaran dan serentak itu tangan Min Young berhenti memukul. Tubuhnya lemah. Hatinya rapuh. Dia tidak berdaya mahu melawan dan memarahi suaminya.

Jungkook menarik nafas panjang. Tubuh ramping itu masih berada di dalam rangkulan longgarnya. Semakin rasa serba salah. Benar, keadaan mental Min Young sangat teruk. Perlahan belakang tubuh Min Young diusap. Kaki Min Young yang berlipat di sisi tubuhnya juga turut sama diusap. Rindu. Rindu sangat.

"Saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf." Ucap Jungkook. Berkali-kali tanpa henti. Tubuh lemah Min Young cuba ditarik supaya wajah itu tersembam pada bahunya. Dan seperti apa yang Jungkook minta, akhirnya Min Young rela dipeluk erat. Jungkook pejamkan mata rapat. Sakit mendengar Min Young menangis. Rapat bibir itu pada telinganya. Mengeluarkan esak yang berlagu.

"Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya pernah buat. Tak pernah langsung saya ambil peduli pasal awak. Saya cuma hiraukan keluarga saya yang.. bencikan awak. Saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf." Ujar Jungkook lagi sambil mengusap belakang tubuh Min Young. Bibirnya mengucup pipi basah Min Young yang berada di sebelah kanannya. Dirangkul erat isterinya yang kelihatan begitu kecil apabila berada di atas ribanya. Jungkook tinggi, Min Young pula kecil dan tidak begitu rendah.

Lama mereka berada dalam keadaan begitu sambil Jungkook menggoyangkan badan kiri dan kanan. Seakan sedang mendodoikan kanak-kanak kecil untuk tidur. Jungkook tidak lenguh. Malah dia tenang dan lega kerana Min Young tidak mengamuk lagi. Tenaganya habis digunakan untuk perkara tidak sepatutnya.

Semakin lama, tangisan Min Young reda dan berhenti. Jungkook diamkan tubuh tetapi tangannya masih tidak berhenti menepuk belakang Min Young perlahan. Dia tahu, Min Young tertidur. Nafas isterinya mulai kelihatan tenang dan hembusan udara mengena pada lehernya. Dalam diam, Jungkook tersenyum.

Dia tidak pernah lagi semesra ini dengan Min Young dengan hati yang begitu tenang, fikiran yang lapang dan hati yang berbunga. Sebelum ini setiap kali dia dan Min Young bersama untuk bermanja pasti dia akan susah hati memikirkan hal kerja atau pun hal keluarganya. Selepas itu dia akan meninggalkan Min Young begitu sahaja terkapai sendirian.

Walaupun sebenarnya Jungkook sedang bercuti dari bertugas sebagai pegawai ketenteraan Korea Selatan, namun dia tetap mendahulukan keluarganya. Dia melupakan Min Young yang jelas sekali lebih memerlukan dirinya. Tetapi kini dia sedar, dia tersilap.

Soal angkat sumpah itu boleh dibatalkan, soal kerjanya juga boleh diselesaikan. Biarlah dirinya meluangkan masa di sini sahaja bersama isteri tercinta.

"Saya.. benci.. tapi saya cintakan awak.." Jungkook terdiam seketika mendengar bisikan halus yang menerpa pada telinganya. Mata sedikit membulat sambil memandang ke arah Min Young yang masih lagi tidur di atas riba. Mengigau.

Bibir Jungkook mengukir senyuman manis. Alahai isteri...

"Saya cintakan awak juga, Jun Min Young."

*****

Saya sedang berusaha nak sweetkan watak seorang jeon jungkook dalam drama ni 😂😂😂. Minta2lah satgi cair meleleh 🤣

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now