✨Bab 42✨

515 88 1
                                    

Mata Jungkook baru hendak terlelap kerana penat menghadap komputer riba. Tetapi tiba-tiba telinganya berjaya menangkap bunyi seseorang sedang muntah dengan begitu galak sekali, tidak berhenti dan berterusan. Mata kembali segar, Jungkook celik semula matanya. 

Jungkook selak selimut ke tepi, kaki diturunkan dari katil dan terus dia mengatur langkah ke bilik Min Young. Dia tahu Min Young yang sedang muntah kerana isterinya itu masih mengalami alahan walaupun kandungan sudah mencecah 6 bulan. Sudah beberapa hari Min Young tidur dengan tenang tanpanya di sisi memandangkan mereka berpisah bilik, hari ini tiba-tiba sahaja Min Young kembali muntah. Hatinya mulai risau.

"Sayang?" Jungkook memulas tombol pintu bilik isterinya yang tidak berkunci. Kepala dijengukkan dahulu ke dalam. Gelap. Tangan spontan mencari suis lampu dan dipetiknya sekali. Terang bilik luas ini. 

Nafas Min Young kedengaran begitu kencang dari dalam bilik air meski Jungkook belum lagi sepenuhnya masuk ke dalam. Jungkook terus ke pintu tandas dan ditolak slidding door itu ke kanan untuk mencari Min Young.

"Min Young!" Segera tubuh Min Young yang hampir rebah itu ditangkap, tepat pada masanya. Tidak lambat sesaat langsung. 

Jungkook separuh cemas, dia memandang wajah pucat isterinya. Mata Min Young terpejam dengan mulut separuh terbuka. Jungkook mengalihkan tumpuannya pula ke dalam sinki yang dipenuhi sisa muntah itu. Nampaknya teruk alahan kali ini. Segala makanan dan cecair ada di situ. 

"Sayang, hei. Okey tak? Dengar ke tidak ni?" Pipi Min Young ditepuk-tepuk. Air mata yang mengalir pada tubir mata wanita itu diseka dengan belakang tangan. Jungkook peluk erat tubuh itu dengan kekuatan yang ada.

"Sa.. sakit.." esakan halus Min Young mula kedengaran. Jungkook dengan mata bulatnya segera membuka paip air dan ditadah air dengan sebelah tangan. Kemudian disapu rata ke wajah Min Young. Diulang beberapa kali sehingga Min Young akhirnya buka mata sedikit.

"Awak sakit dekat mana? Hmm? Perut ke?" Spontan Jungkook menyentuh perut Min Young yang semakin ke depan. Sesekali dia melihat perut itu seakan-akan sedang bergerak. Tanda anaknya dalam keadaan yang sihat. 

"Satu badan. Sakit semua." Kata Min Young dengan tangisan kecil. Jungkook lemah melihat keadaan isterinya ini lantas dicempung tubuh yang kelihatan berisi itu untuk masuk ke dalam bilik. Dibiarkan pintu tandas terbuka dan Min Young juga tidak melawan. Hanya menerima tubuhnya diangkat. Memang kaki sudah tidak terasa kuat untuk digerakkan sendiri.

"Baring sini sekejap. Saya nak ambil minyak angin untuk awak."

"Alah.. duduk sini. Saya nak dengan awak. Jangan pergi mana-mana." Jungkook tidak jadi hendak beredar, dia tersenyum melihat dan mendengar suara lemah Min Young yang menjamah telinganya. Meminta agar dia kekal di sini sahaja. Lantas Jungkook terus membaringkan tubuh di atas katil bersebelahan dengan Min Young. Tubuh itu dipeluk erat supaya melekap ke tubuhnya. Tidak mahu Min Young pergi ke mana-mana.

"Okey, okey. Saya teman awak. Rasa nak muntah lagi ke tidak?"

"Tak nak. Dah okey." 

Jungkook tersenyum sambil pejamkan mata. Bibirnya mencium lembut tepi dahi Min Young dan menarik nafas lega. Tak kisahlah ini tanda Min Young dah habis merajuk atau apa sekalipun, sekurang-kurangnya dia dapat meleraikan rasa rindu yang lama terpendam di hati. 

"Tidurlah, sayang. Pejam mata." Kata Jungkook, separuh memujuk. Bibir mula menyanyikan lagu-lagu yang boleh membantu Min Young untuk terlena dan berehat. Rasa nak tercabut jantung melihat isterinya dalam keadaan susah begini kerana membawa kandungan yang semakin membesar.

"Saya minta maaf, Jungkook." Ucapan halus dan perlahan itu menyentuh rongga telinga Jungkook. Dia memandang Min Young yang masih lagi tercelik. Fikirnya wanita ini sudah tidur. Terpana sekejap akibat berbalas pandangan dengan isteri sendiri. 

"Minta maaf sebab apa, sayang?"

"Sebab saya.. minta awak sign surat penceraian itu." Kata Min Young lagi. Jungkook tertawa halus. Wajahnya ditekup lama pada pipi Min Young. Gebu kerana semakin berisi. Berisi yang cantik dan tetap nampak normal. 

"It's okay. Walaupun masa tu saya rasa nak pengsan sebab tak percaya." Usik Jungkook. Min Young diam. Dia tidak membalas apa-apa. 

"Seteruk mana kita bergaduh, sejauh mana kita berpisah, jangan sesekali sebut perkataan cerai. Saya tetap akan sayangkan awak, saya takkan terfikir walau sesaat pun nak bercerai dengan awak. Awak isteri saya, awak princess manja saya." Ujar Jungkook dengan rasa tenang dan hati yang berbunga. Min Young dah terpujuk!

"Saya minta maaf, sayang..." Kata Min Young lagi. Jungkook menganggukkan kepala dan senyum. Dia semakin mengeratkan pelukan dan terasa Min Young turut membalas pelukannya. Min Young terus senyap selepas itu. Menikmati waktu yang sudah lama tidak dirasai sejak dia mendiamkan diri. Biarlah. Hatinya sudah terpujuk. Jungkook juga tidak pernah putus mengucapkan kata cinta untuknya. Dan dia yakin dengan kata-kata Jungkook. Sehebat mana ujian yang diberi, sekuat itu cinta yang bertahkta di hati. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now