PROLOG

4.5K 338 41
                                    

Flashback 2004...

" Apa maksud kau, Kaito?! " Hanbin mengetap giginya. Dia meragut cekak baju Kaito.

" Hitomi.. dah tiada. Dia meninggal masa lahirkan anak dia. " Kaito menunduk. Dia menghembus nafas berat.

" KENAPA?! KENAPA KAU TAK JAGA DIA, KAITO?! " Hanbin menengking. Dia meraup muka.

" Ini semua takdir, Hanbin! Takdir! Sekarang, tugas kau cuma kena jaga anak ni. Kau dah sia-siakan Hitomi. Takkan kau nak sia-siakan anak ni pulak? " Kaito mengetap gigi. Bayi kecil di stroller sebelahnya dipandang sayu.

" Budak ni punca Hitomi mati! Aku benci dia. Lepas tu kau nak aku jaga dia?! "

" BUDAK NI ANAK KAU! KAU PUNCA HITOMI MATI! SEBAB DIA NAK LAHIRKAN ANAK KAU! " Kaito menumbuk wajah Hanbin. Geram dengan perangai bodoh Hanbin.

" Jaga dia, Hanbin. Dia satu-satunya peninggalan Hitomi. Tolonglah. Budak ni tak bersalah. " Rayu Kaito. Hanbin menunduk dan dengan perlahan terdengar sayu tangisan seorang lelaki.

" Aku sayangkan Hitomi. Tolonglah.. pulangkan dia balik. "

" Kau pengecut! Kau takut hubungan kau dengan Hitomi ni diketahui Daena! Jadi kau abaikan Hitomi masa dia tengah mengandungkan anak kau! Lelaki jenis apa kau ni?! " Kaito menjengilkan matanya. Rasa marah cuba ditahan hanya kerana Hanbin sahabatnya.

Huaaaaaa!

Suasana sepi apabila tangisan bayi bergema.

Tangisan anak Hitomi.

Dengan lembut, Kaito mengendong anak kecil itu. Terus berhenti tangisan bayi itu.

" Pegang dia, Hanbin. Tolong. "

Hanbin menghulurkan tangannya dengan menggigil. Tubuh kecil bayi itu diraih dan dirapatkan ke dada. Seketika bayi itu terdiam memerhatikan wajah Hanbin.

" Hehehe. " Tersengih bayi itu menunjukkan gusinya.

" Nama dia tak boleh letak Kim. Sebab dia bukan anak hasil perkahwinan. Hitomi letak nama keluarga dia sebagai nama keluarga bayi ni. " Jelas Kaito. Hanbin mengangguk. Tangannya naik mengelus pipi si bayi.

Anak ayah.

" Nama dia apa? " Hanbin bertanya.

" Haruto. Watanabe Haruto. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now