BAB 5

2.5K 264 24
                                    

" Eh kenapa kau yang dapat jawatan ni? " Na Young menerjahku dan menolak bahuku, kuat. Dia nampak bingung dan marah.

" Kau yang buat hal, kau tanya kitorang? " Balas Jia. Aku hanya memandang gadis ini, lembut. Na Young ini baik dan memang layak. Aku tak faham kenapa sekolah ini tidak memilihnya hanya kerana dia bersama dengan Sunghoon.

" Hal? Hal apa? "

Aku dan Jia mengerutkan dahi. Kami memandang wajah Na Young tidak percaya.

" Kau dah menang voting ni. Tapi sebab kes scandal kau tu, semua unvote. " Kataku. Na Young menggeleng.

" Scandal? Apa ni? "

" Kau tak tahu ke? "

Na Young geleng.

Aku dan Jia saling berpandangan. Kami mulai sangsi.

" Kecoh yang kau dengan Sunghoon bercinta. Sunghoon sendiri mengaku. Sebab tu semua unvote sebab dorang nak pemimpin yang tak bercinta dan berkaliber. " Jelas Jia. Aku meneguk liur.

Jia dan Jeongwoo tidak tahu pasal kes Yedam dan aku ni. Kalau dia tahu...

Ada yang kena ceramah 3 hari 2 malam.

" Jap jap! Aku dan Sunghoon bercinta? Eiuwww! Aku tak pernah sukakan dia tau! Siapa yang reka cerita ni? " Na Young mulai marah. Dia menggulingkan mata keatas.

" Sunghoon yang mengaku. Takkan kau tak tahu? Benda ni kecoh masa cuti tu. "

" Aku dengan family aku bercuti ke Jepun masa cuti tu. Lepas tu phone aku hilang kat sana. Semalam baru beli phone baru. Sebab tu aku tak tau apa-apa. " Jelas Na Young. Aku dan Jia ternganga.

Apa motif Sunghoon?

" Mana Sunghoon? Aku nak jumpa dia! " Na Young menyingsing lengan. Dia mulai bangun mahu menyerang Sunghoon yang leka berborak dengan pelajar lelaki lain.

Aku dan Jia segera menahan tangannya. Kami tidak mahu gadis ini membuat kecoh.

" Aku rasa ada sebab Sunghoon buat macam tu. Tengoklah, dia pun tak dapat pencalonan tu. Yedam yang dapat. Apa motif dia? Kalau dia nak jatuhkan kau, kenapa dia drag diri dia sekali? " Tanyaku. Na Young terdiam. Dia juga berfikir.

Akhirnya dia duduk.

" Okay, aku nak siasat dulu. Thanks Jia, Haewon. And by the way, congrats Haewon. You deserved it. " ucap Na Young sebelum dia menapak pergi. Aku dan Jia hanya mengangguk mengiyakan.

" Kau lapar tak? " Soal Jia. Aku melihat jam.

Waktu rehat.

Patutlah aku lapar.

" Lapar. Jom pergi kantin. " Ajakku. Jia tersenyum lebar dan kami menapak ke kantin bersama.

Mata semuanya tertumpu padaku.

Kenapa?

Mungkin sebab jawatan yang disandangku.

" Eh Haewon, kenapa kau tak couple je dengan Yedam? Dia pun cukup package, rupa ada, suara sedap, berkepimpinan. Korang pun dah lead sekolah ni, so tiada siapa boleh lawan dah, kan? " Kata-kata Jia membuatkan aku tersedak. Segera aku terhenti seketika.

Aish terkejut aku!

" Eh kenapa aku kena coup-- ADUHH! " aku mengaduh. Bahuku baru sahaja dilanggar seseorang. Segera aku berpaling dengan tajam.

" Maaf, maaf! Aku tak sengaja! " Lelaki yang melanggarku meminta maaf. Dia menunduk berulang kali.

Jap, macam aku kenal.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now