BAB 3

2.8K 269 24
                                    

Aku bernafas kuat. Rasa penat setelah hampir 30 minit skipping.

Ding dong!

Bergema bunyi loceng rumahku. Aku menjengukkan kepala di luar garaj. Daripada sisi, dapatku lihat kedatangan Jeongwoo dan Jia.

Butang pagar ditekan dan pagar automatik dibuka.

" Weh Haewon! Kau pergi mana? " Terjah Jia sebaik sahaja pintu dibuka. Tubuhku dihampiri.

" Aku duduk rumah jelah. Apahal ni? " Kerutku.

Baru seminggu cuti sem bermula, dan aku mahu fokus pada misi kuruskan badan. Kenapa Jeongwoo dengan Jia nampak risau sangat?

" Kau tak bukak SNS ke? " Soal Jeongwoo. Aku menggeleng.

" Malas. Aku nak keputusan naib presiden tu suprise. Tak syok kalau asyik tahu update. " Aku menjuihkan bibir, serentak menerima tunjalan kepala daripada Jeongwoo.

" Haish tulah! Tak nak ambil tahu! Kau bukak phone kau sekarang! "

" Phone aku kat dalam rumah lah! "

" AMIKLAH CEPAT! " jerit Jeongwoo dan Jia serentak. Aku membulatkan mata, terkejut. Terkocoh-kocoh aku masuk semula kedalam rumah dan menapak ke bilik.

Phone yang sedang dicas, dicabut rakus. Segera aku berlari semula ke tingkat bawah.

" Hah dah. Apa dia ni? "

" Bukak laman web sekolah. " Arah Jia.

" Alah, aku tak nak tahu result undian lah. Nanti tak sup-- "

" BUKAK AKU KATA! " jerit mereka berdua lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Tanganku lincah membuka laman web sekolah. Dan terpancul ruangan undian presiden dan naib presiden.

" Okay dah. Kenapa? "

" Bukak undian tu. "

Aku membuka bahagian undian itu. Terpacul namaku dan nama Na Young sebagai calon. Serta peratus undian kami. Aik?

" Kenapa jauh sangat beza? " Soalku, terkejut.

Na Young, 16% .

Dan aku?

95% .

" Tulah tak nak on socmed! Kan tak tahu! Tengok undian presiden pula! "

Aku berkalih ke ruangan undian presiden.

Park Sunghoon, 13% .

Dan Bang Yedam,

91% .

" Macam mana Sunghoon boleh kalah? Aku tahu Yedam pun bagus juga, tapi bukan ke ramai lagi suka Sunghoon? And asal aku mendahului ni? Na Young kan lagi ramai vote. " Soalku, keliru. Jeongwoo dan Jia tersengih lebar. Mereka melabuhkan punggung di bangku meja dalam garaj rumahku.

" Na Young dengan Sunghoon buat hal. " Kata Jeongwoo, sinis.

" Hah? Hal apa? "

" Kau tahu kan Na Young tu ramai lelaki suka? Sebab dia cantik and lembut kan? "

Aku angguk.

" Sunghoon pulak digilai perempuan kan? Package dia lengkap, so ramai suka lah kan? Kau pun expect dia menang against Yedam right? "

Aku angguk.

" Sunghoon dengan Na Young kena tangkap couple 2 hari lepas. "

Aku tersentak. Terasa jantung berhenti mengepam.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now