BAB 6

2.5K 262 140
                                    

Pengetua membelek borang laporanku yang baru dihantar dua hari lepas. Kaca matanya melorot kebawah. Dia berdehem sebelum wajah aku dan Yedam dipandang.

" Saya dah bincang cadangan kamu berdua ni dengan pihak pentadbir. Dan.. " pengetua memandang kami serius. Aku dan Yedam menelan liur.

" Kami semua setuju. " Serentak aku dan Yedam menghembus nafas lega. Pengetua tersenyum.

" Saya suka sikap kamu berdua. Fikirkan batch. Fikirkan sekolah. Kamu berdua memang pilihan terbaik kami. " Puji pengetua. Aku hanya tersengih. Yedam juga turut tersenyum.

Kami meminta diri untuk pulang ke kelas sebaik sahaja selesai berjumpa dengan pengetua.

Sebenarnya, aku dan Yedam menghantar cadangan untuk mengadakan kelas mentor dan mentee untuk pelajar tahun ketiga. Bagi memudahkan kami untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti.

Top 40 batch akan menjadi mentor kepada bottom 40. Kelas juga akan dirombak mengikut mentor. Memandangkan hari persekolahan baru menginjak ke hari kelima, masih tidak terlambat untuk menukar kelas.

Bagi pemilihan mentee, mentor akan mencabut undi. Dan mentor akan masuk kedalam kelas mentee. Serta duduk disebelahnya. Proses pembelajaran akan berlaku dengan mudah jika begitu.

" Haewon.. " panggil Yedam, lembut. Aku tersentak. Sejujurnya, aku tak pernah bercinta. Yedam inilah cinta pertama aku. Lelaki pertama yang aku sayang selepas appa dan oppa Hyunsuk.

" Ya? " Balasku. Kami saling berbisik memandangkan kami sedang berjalan bersama ditempat awam menuju ke kelas. Cikgu yang berselisih dengan kami, hanya diberikan senyuman.

" Saya "

" Sayang "

" Awak. "

Aku kaku. Jantungku berdegup tidak normal. Haish, Bang Yedam! Suka sangat buat hati ni dupdapdupdap!

" Yedam, saya nak buat perjumpaan mentor petang ni boleh? Esok dah cuti hujung minggu. Tak sempat nanti nak jumpa. " Pintaku. Memandangkan pengetua menyerahkan bulat-bulat pada kami, aku dan Yedam perlu bijak mengatur.

Aku pula perlu meminta izin daripada Yedam untuk segala tindakan. Sebab dia adalah ketuaku.

" Boleh. Petang ni lah eh? Lepas habis kelas. Nanti saya buat announcement kat interkom sekolah. " Katanya, dengan sengihan. Aku hanya mengangguk.

Kami sudah menghampiri kelas masing-masing. Aku berpaling mahu melambai Yedam kerana kelas dia dahulu yang dihadapan, 3-1.

Chup!

Aku tergamam.

" Bye! " Lambainya. Dia segera masuk kedalam kelas meninggalkan aku yang kaku disitu. Dia baru sahaja mencium pipiku.

ARGH BANG YEDAM!

-------------

Haruto hanya memerhati daripada jauh. Dalam diam, dia menjeling. Gadis itu nama je penolong presiden, tetapi bercinta!

Kutuknya dalam hati.

Daripada dalam kelas, dia dapat nampak Yedam baru sahaja mencium pipi gadis itu. Agaknya memang benar gadis itu sudah berpunya. Dia dan Yedam pun nampak sesuai daripada mata kasar Haruto.

Sesuai bersama.

Haruto kembali fokus pada gurunya. Cikgu Matematik Tambahan. Dia menjawab soalan yang diberikan oleh guru pada buku latihannya.

Sejujurnya, tak adalah susah mana. Semua soalan yang diberikan bukanlah diaras yang tinggi.

" Saya nak Haruto jawab soalan nombor 1 ni. " Haruto tersentak. Dia memandang gurunya dan anggukan diterima. Sekilas dia melihat gadis bernama Haewon itu turut memandangnya, lama.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now