BAB 22

2.2K 244 136
                                    

Aku dibawa ke hospital dan diberi rawatan rapi pada kakiku kesan patukan ular itu. Syukurlah doktor kata bisa itu tidak sempat menjalar keseluruh badan kerana kecepatan Haruto mengeluarkan bisa itu. Aku diberikan ubat tahan sakit dan beberapa antibiotik, serta aku dibenarkan pulang.

Tidak perlu ditahan diwad.

Namun, aku berkeras mahu pulang ke tapak chalet. Aku tak nak balik. Nanti Hyunsuk bebel, aku juga malas nak dengar. Jadi, aku merayu pada cikgu untuk pulang ke chalet semula. Kaki kananku cuma akan jalan terhinjut sahaja. Tidak berdarah atau bengkak. Cuma aku perlu rajin menukar balutan.

Sebaik sahaja kenderaan yang membawaku ke hospital tiba kembali ditapak perkhemahan, aku turun dengan terhincut. Belum sempat aku mahu menapak lagi, Jia sudah menerpaku. Dia membantuku berjalan dengan memapah tangan kananku.

Tangan kiriku pula dipegang oleh Wonyoung. Begku pula dibawa oleh Na Young.

" Kau okay dah ke? " Soal Jia, risau. Aku mengangguk.

" Okay. Cuma kaki kena bandage jelah. Overall okay. "

" Kau ni buat aku risaulah! Macam mana boleh kena patuk? " Wonyoung mengeluh. Aku tertawa.

" Dah ular nak datang. Nak buat macam mana kan? "

" Sunghoon tu memang setan bertanduk lima lah! " Carut Na Young. Aku berkerut.

Kenapa dengan Sunghoon?

" Kenapa dengan dia? "

" Dialah yang ubah penanda kain merah tu. Tengok-tengok, kau sesat. " Jawab Jia. Aku mengepal tangan.

Haih, ini ke balas dendamnya?

Ini?

Aku dipapah oleh mereka ke chalet perempuan. Namun, aku terserempak dengan Doyoung. Tidak sedikit pun dia memandang aku.

Lah, apa salah aku pula ni?

Tiba-tiba aku diterpa Jeongwoo. Dia nampak risau. Kakiku yang berbalut diperhatikannya.

" Kau okay ke? Nak tongkat? " Aku menggeleng. Malam sudah menjengah ke angka 12 tengah malam. Aku perlu rehat untuk aktiviti esok.

" Take care okay? " Pesan Jeongwoo. Sebelum sempat dia pergi, aku memerhatikan Jia. Dia nampak ceria. Dan aku perasan yang mata Jia dan Jeongwoo bertembung.

Mereka seperti menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Aku janji.

Aku janji nak satukan Jia dan Jeongwoo jika benar mereka saling menyimpan perasaan.

-------------

Selepas aku membersihkan diri, aku menapak perlahan ke katilku. Rambutku masih basah jadi aku ingin membaca buku terlebih dahulu sebelum tidur.

Jia yang sukarela ingin menukar katil denganku. Dia memilih untuk tidur dilantai dan mengizinkan aku tidur dikatilnya.

Buku ditutup. Aku memandang Jia yang termenung.

" Jia. "

" Hah? "

" Ada apa-apa jadi ke masa aku pergi hospital tadi? " Soalku. Aku pelik melihat persekitaranku selepas pulang daripada hospital tadi. Sunyi dan kaku.

" Ada. Doyoung dengan Haruto gaduh. "

" Kejap! Apa?! " Aku ternganga. Dahlah Haruto pun sesat sama dengan aku. Tiba-tiba kena pukul?

" Dorang gaduh kat tepi tasik tadi. Kitorang tak datang dekat sangat, tapi apa yang aku dengar Doyoung kata jangan kacau hak dia. Lepastu Haruto cakap tengoklah dia pilih siapa. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now