BAB 42

2.2K 233 15
                                    

Aku mengemas bagasi ku. Keluhan halus dilepaskan. Hari ini aku akan ke Gangneung untuk survey tempat yang Yua dan pasangannya mahu mengadakan majlis.

Mereka memilih Gyeongpo Beach. Tempat yang sesuai untuk sebarang majlis.

Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk perlahan. Terpancul muka eomma dengan senyuman. Aku hanya membalas dengan senyuman kecil.

" Kenapa eomma? "

" Haewon pergi berapa lama? "

" 2 hari je. Eomma dah rindu Haewon ya? " Eomma mencubit pipiku. Dia tersenyum lebar.

" Eomma sentiasa rindukan anak eomma. "

Keadaan sunyi. Aku mulai fokus pada aktiviti mengemas dan eomma hanya memerhati.

" Haewon.."

" Yup? "

" Haruto dah balik Korea ya? " Aku terhenti daripada melipat baju. Nafas dihela perlahan.

" Mana eomma tahu? "

" Hyunsuk beritahu eomma. "

" Dia pasang spy lagi eh? Dia tu suka tau stal-- "

" Doyoung beritahu Hyunsuk. Dia kata Haruto dah balik 5 hari lepas. "

Aku mengangguk. Eomma mengusap rambutku.

" Haewon... Jangan sukakan dia lagi ya? "

Aku membisu.

" Mestilah, dia dah tinggalkan Haewon, mestilah Haewon takkan pandang dia lagi. "

" Eomma dah lama simpan benda ni, tapi harini eomma kena beritahu. " Eomma mengusap tangannya. Dia bangun dan menapak keluar. Beberapa minit kemudian, dia kembali. Dengan beberapa surat dan gambar.

" Eomma tak ada niat nak sakitkan Haewon, tapi eomma sayang anak eomma ni... "

Aku terasa jantungku berdegup kencang. Eomma nak cakap apa ni?

" Kenapa eomma? "

" Haewon tengok gambar ni. " Satu gambar disua padaku. Gambar mendiang appa dan seorang kawannya.

" Ni appa kan? "

Aku angguk.

" Kenal tak siapa kat sebelah dia? " Aku cuba mengamati, lama.

Dan mataku membulat.

" Ni Hisashi! " Aku melopong. Eomma mengemam bibir dan mengambil tanganku. Dia mengusap lembut tanganku dengan penuh kasih sayang.

" Orang yang bunuh appa ada tatu samurai kan? "

Aku angguk. Aku ingat lagi tatu tu. Tatu kemusnahan hidup aku.

" Tengok tatu Hisashi. "

Aku terkesima.

Tatu itu.

" Jangan cakap.. "

" Iya, sayang. Hisashi lah yang bunuh appa dulu. "

" Tapi kenapa?! " Rintihku. Air mata sudah memenuhi takung mata. Lelaki tua ini yang ambil nyawa appa? Lelaki tua ini yang ragut kebahagiaan aku?

" Appa dengan Hisashi ni rakan kongsi sebelum appa nak laporkan kegiatan haram dia kat polis. Hari appa bawa Haewon ke hutan tu, hari Hisashi rancang nak membunuh. Eomma tak berani melawan, nanti dengan eomma dibunuh. " Eomma menunduk. Aku masih kaku.

" Tapi Haruto... "

" Haruto cucu Hisashi, sayang. Darah mereka sama. Darah yakuza. Darah pembunuh. Eomma mohon, jangan dekati dia lagi. Eomma sayang kamu, eomma tak nak hilang kamu. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now