BAB 4

2.7K 277 96
                                    

Tamat cuti semester...

Aku menapak ke sekolah dengan yakin. Hari pertama sebagai senior tahun ketiga. Dan hari pertama aku tampilkan diri selepas tamat cuti semester.

Aku gusar dengan pandangan orang ramai.

Aku kini dengan wajah yang baru.

Choi Haewon, berat 45 kg.

Selepas bertungkus lumus cuti ini, aku berjaya menguruskan badanku. Menjadi bentuk badan yang ideal.

Perjalanannya bukannya mudah.

Dan aku juga ada ambil jalan singkat. Dengan mengambil pil kurus. Tiada siapa tahu pasal ini. Jeongwoo atau pun Jia. Termasuk abangku, Hyunsuk.

" Bestie! Cantiknya kau!!! " Jia menerpaku sebaik sahaja aku melangkah kedalam kelas. Aku hanya tersenyum tipis.

" Kenapa semua pandang aku semacam? " Bisikku pada Jia. Semua ahli kelasku memandangku macam nak telan. Tak berkelip.

" Babe, sebab kau cantiklah! Semua tak percaya. I told you! " Ceria Jia. Dalam hatiku, aku berbangga. Tak sia-sia pengorbanan yang aku lakukan.

" Wah Haewon! " Jeongwoo juga menegurku sebaik sahaja dia masuk kedalam kelasku. Dia nampak terpaku dan memandangku tak berkelip.

" Kau nampak cantik. " Pujinya. Jeongwoo tersengih.

Selepas itu, cikgu masuk dan sesi pengajaran dimulakan seperti biasa. Berkali-kali aku menerima pujian harini.

' kau cantik. '

' Wah Haewom, kuruslah sekarang! '

' Haewon, you look beautiful. '

Dan kini, aku berada ditapak perhimpunan bersama kesemua pelajar SOPA. Ini waktunya.

Pengumuman keputusan pemilihan presiden dan naib presiden.

" Baik, cuti semester sudah berakhir dan semua pelajar sudah mengundi kan? "

" Dahhh! " Bergema dewan dengan jawapan para pelajar. Hatiku berdegup kencang.

Sepanjang cuti ini, aku memang tidak membuka langsung laman web itu.

Hyunsuk ada pesan untukku sekali sekala membuka laman web itu. Katanya sebagai persediaan sekiranya undian aku mendahului. Namun, aku tak hiraukan.

" Sekali lagi, cikgu akan panggil barisan kepimpinan pelajar kedepan. Dimulai dengan ketua dan penolong ketua rumah. " kata Hwang saem.

Kesemua ketua rumah dan penolong ketua rumah dipanggil semula kedepan. Disebabkan posisi tempat dudukku dibarisan hadapan, kesemua ketua dan penolong ketua rumah berbaris didepanku.

Sehinggalah yang paling depan sekali berdiri menghadapku.

Kim Doyoung.

" Hai, Haewon. " Tegurnya, perlahan. Aku mendongak memandang. Doyoung tersenyum manis.

" Hai. " Balasku, pendek. Tidak berminat.

Sejujurnya, ada sesuatu berlaku sepanjang cuti ini. Di antara aku dan Bang Yedam.

" Baik, pemilihan naib presiden dan presiden akan diumumkan. Selepas para pelajar membuat undian, pihak sekolah mempunyai keputusan akhirnya. Bagi naib presiden, dipersilakan... "

Dup dap.

Dup dap.

Dup dap.

" Choi Haewon. "

Kesemua para pelajar memberi tepukan gemuruh. Aku lantas bangun dan berdiri dihadapan. Paling hadapan. Menghadang para ketua dan penolong ketua rumah. Kesemua 600 pasang mata memandangku sekarang.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now