BAB 11

2.3K 257 59
                                    

Sudah dua hari sejak aku dikeluarkan daripada wad. Dan aku masih dalam tempoh cuti untuk rawatan lanjut dan trauma. Hyunsuk yang meminta.

Dan Haruto masih dirawat di hospital. Hari ini, aku mahu melawatnya. Beberapa buah tangan dibeli dan selepas meminta izin daripada Hyunsuk, aku menaiki bas ke hospital utama Seoul.

Wad Haruto dituju. Bibir ditarik membentuk senyuman. Baru sahaja mahu menarik pintu, senyumanku mati.

" Kenapa kau tak mati je hah?! "

Ada suara orang lain didalam wad Haruto.

" Kau dah malukan aku! Apa orang kata kalau dorang tahu anak Doktor Hanbin masuk hospital sebab kena tikam?! Dorang cakap aku tak geti jaga anak! "

Aku masih mendiamkan diri mendengar. Suara Haruto masih tidak kedengaran lagi. Hanya tengkingan seorang lelaki.

" Ruto minta maaf... "

Suara Haruto.

" Discharged harini! Aku tak kira! Kat rumah, siap kau! "

" Ta--tapi, Ruto masih tak sihat sepenuhnya lagi. "

" Aku kisah apa! Kau nak mampus sekali pun, mampus kat rumah! "

Aku mengepal tangan. Siapa lelaki yang dengan Haruto kat dalam ni? Kurang ajarnya! Dengan keadaan Haruto yang teruk macam tu, boleh disuruh discharged awal!

" Balik rumah sebelum pukul 7 malam, Watanabe Haruto! "

Dan derapan kaki kedengaran menuju ke pintu. Aku kelam kabut berpura-pura membelek laporan diatas meja pendaftaran sehinggalah lelaki yang didalam wad Haruto tadi berlalu pergi.

Aku mengerling kiri dan kanan lalu pantas mengatur langkah ke wad Haruto. Pintu ditolak dan terus ditutup kasar. Aku berpaling dan mataku membutang.

" ARGHHHH!! " jeritku lantas menutup mataku menggunakan beg tangan.

" HOI! ASAL MASUK TAK KETUK DULU?!" marah Haruto. Dia juga turut tergamam.

Aku masih kaku ditempatku dengan keadaan mata ditutup menggunakan beg tangan. Aku baru sahaja saksikan benda yang tidak elok.

Haruto tidak berbaju.

Silap timing la kau masuk ni Haewon!

" Maaf maaf! " Aku menunduk.

" Dah buka mata. Aku dah pakai baju. " Balasnya. Aku membuka mata dengan perlahan.

Fuh. Haruto dah pakai baju.

Tapi bajunya...

Baju kasual.

" Kau dah boleh discharged ke? " Soalku. Haruto memandang mataku, lama. Dan dia mengangguk.

" Aku discharged harini. "

Haruto tipu. Dia masih sakit.

" Jangan tipu. "

Haruto yang sedang mengemas baju, terhenti perbuatannya. Dia berdehem.

" Tipu apanya? Aku cakap betullah. Aku discharged harini. " Kata Haruto dalam keadaan membelakangkanku.

" Lelaki tadi. Yang dalam wad dengan kau tadi. Siapa dia? "

" Jangan sibuk. "

" Aku dengar semua. "

Haruto menggepal tangan. Dia berpaling memandangku dan matanya tajam menusuk mataku.

" Siapa suruh kau dengar? Jangan menyibuk! Tu hal aku! Bukan hal kau! "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now