BAB 16

2.2K 242 20
                                    

Doyoung berkerut. Dia yang sedang mengulangkaji tersentak apabila terdengar suara tangisan.

Eh jangan main-main.

Doyoung bangun dengan perlahan dan menuju ke pintu. Dia membukanya lantas mata melilau kekiri dan kekanan. Masih mencari punca bunyi tangisan itu.

Sehinggalah dia terhenti disebuah bilik.

Bilik kerja ayahnya.

Doyoung terdengar tangisan daripada bilik itu. Dia membongkok dan telinganya ditekapkan pada pintu.

" Aku rindukan kau, Hitomi.. "

Hitomi?

Siapa Hitomi?

Siapa orang yang ayahnya rindukan?

" Aku benci dia, Hitomi. Aku benci anak kita. Sebab dia.. dia punca kau pergi tinggalkan aku. Dia puncanya. "

Anak kita?

Hah?

Doyoung cuba memproses apa yang dikatakan ayahnya, namun dia buntu.

Dia tidak tahu siapa Hitomi bahkan siapa ' anak kita ' itu. Doyoung mengeluh.

" Aku akan ajar dia apa itu erti kehilangan. Macam mana rasanya hilang orang yang aku sayang. Kau tak patut lahirkan anak kita, Hitomi. Kau patut gugurkan dia je dahulu... "

Persoalan cuba mencantum segala persoalan didalam kepala.

Anak?

Hitomi?

Gugur?

Dia mendengus dan terus berlalu pergi. Dia janji akan rungkaikan rahsia ayahnya.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung diatas kerusi, Doyoung kembali termenung. Wajah Haewon terbayang dimata.

" Kalau aku nak datang rumah kau malam ni boleh? "

Doyoung tersentak. Matanya melilau kekiri dan kekanan. Tidak tetap. Tanda orang sedang gusar.

" Errr.. kenapa? Kau nak study ke? Esok kan sek-- "

" Nope. Aku saja je datang. " Senyum Haewon. Doyoung melarikan pandangannya.

" Rumah aku tak ada apa-apa. Makanan, air semua tak ada! Mama aku pun tak ada. Dia business! Papa aku pulak kerj-- "

" Aku datang nak jumpa kau. Tu je. "

Mata Haewon tepat memandang mata Doyoung. Pandangan penuh lembut. Seketika, Doyoung terbuai. Dia tersenyum dan mengangguk.

" Aish! Aku betul-betul dah angau ni! " Doyoung meraup mukanya. Terus hilang minatnya mahu sambung mengulangkaji.

" Aku.. aku akan jadikan Haewon milik aku! "

------------

Aku berjalan setempat lantas bibir bawahku digigit. Sejak daripada tadi, aku menunggu kedatangan Jeongwoo dan Jia. Jam sudah menginjak ke angka 8 malam. Namun, mereka masih tidak datang.

Aku menarik nafas lembut sebelum aku bersandar ditingkap sambil memandang langit.

Ada 3 bintang.

" Cuba awak tengok langit. " Yedam menunjuk pada langit. Aku segera memandang dan dapat kulihat ada 3 bintang bersinar.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now