BAB 26

2.2K 254 92
                                    

Hujung minggu.

Aku sekarang sedang berada di Lotte World.

Bersama Doyoung!

Lelaki ini tiba-tiba sahaja ajak keluar dan kami berdua setuju untuk berada di Lotte World. Pelbagai perkara yang kami lakukan.

Memandangkan kali terakhir aku jejakkan kaki kesini semasa aku dan Yedam lahanat tu, ini kali kedua aku disini. Doyoung lah yang banyak membawa ku ke pelbagai jenis kedai berdekatan.

Kami membeli bunny hat, gula-gula kapas, naik viking boat dan pelbagai lagi. Bahagia.

Itu yang aku rasa.

" Jom singgah makan aiskrim! " Ajak Doyoung. Aku teruja mengangguk dan tanpa disedari, aku sendiri merangkul lengan Doyoung untuk bersama menapak ke gerai aiskrim berdekatan.

Aku membeli aiskrim kegemaranku, choco mint dan Doyoung membeli aiskrim coklat. Kami mengambil tempat dibangku berdekatan dan menghela nafas lega.

" Awak seronok harini? " Sengih Doyoung. Dia berpusing dan duduk menghadapku. Bekas aiskrimnya diletakkan diatas meja lantas tangannya menjadi tempat untuk menopang dagunya.

Matanya tak berkelip menilik wajahku.

" Seronok! Saya rasa gembira sangat! Thank you! " Senyumku. Pipi Doyoung aku tepuk manja.

" Saya bahagia tengok awak bahagia. Jadikanlah harini kenangan terindah awak dengan saya, andai satu hari kita dah berpisah. "

Aku tersentak mendengar ayat terakhirnya. Segera aiskrim diletakkan lantas aku berpusing menghadap wajahnya.

" Apa maksud awak? "

" Kita tak boleh ramal masa depan kan? Mana tau, one day, saya awak, kita akan berp--- "

" Jangan cakap macam tu boleh tak? "

Aku menunduk. Hilang seleraku hendak makan aiskrim tadi. Aku mengetap bibir.

" Awak bukannya cinta-- "

" Tapi saya dah mula selesa dengan awak. Dan saya dah mula.. erm.. " aku memejam mata. Cuba meneruskan ayat seterusnya.

Sebab aku pun tak pasti.

Tapi, lelaki ini sangat baik. Dan aku tak mahu menyakitkan hati dia.

" Saya dah mula sukakan awak. " Terluah juga daripada bibirku. Doyoung mengangkat muka sebelum senyuman mulai menghiasi wajahnya.

" Saya pun sukakan awak. " Balasnya. Dia menepuk kepalaku perlahan. Kami berdua sambung makan aiskrim yang tergendala tadi.

" Suaplah saya! Nak rasa juga rasa coklat macam mana. " Kataku. Doyoung mengangguk dan menyuakan aiskrimnya kemulutku.

Namun, belum sempat aku menyambut, dia menyua aiskrim itu ke hidungku. Habis comot dan sejuk!

" Kim Doyoung!! " Aku menghembus nafas, geram. Doyoung sudah terkekek ketawa. Dia tergelak melihat wajah cemberutku.

" Okay, mian. Hehehe comellah girlfriend saya marah. " Sengihnya. Dia menyapu aiskrim dihidungku menggunakan jarinya. Sempat lagi pipiku dicubit kuat.

Aku menggeleng dan memandang pemandangan hadapan. Sebelum aku tergamam.

Aku nampak mereka.

Kenapa mereka ada disini? Untuk apa? Sakitkan hati aku? Disaat aku tengah cuba untuk bahagia dengan Doyoung?

Lucy dan Haruto.

Mereka sedang makan gula kapas bersama. Berkongsi satu gula-gula.

Aku mengetap bibir. Tanpa sedar hatiku berdenyut sakit. Sakit melihat mereka.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now