BAB 19

2.2K 220 53
                                    

Setelah hampir 3 jam perjalanan, akhirnya bas kami tiba di destinasi yang dituju.

Pusat motivasi, Iksan.

Pihak mereka menyediakan chalet untuk kami semua. 2 chalet terasing, lelaki dan perempuan. Didalam chalet, ada beberapa bilik yang boleh dihuni, serta ruang tamu yang luas untuk pelajar yang tidak mahu tidur didalam bilik.

Aku bangun dalam keadaan mamai. Doyoung aku pandang. Oh, dia sudah segar. Kami segera turun dan mengambil bagasi dibonet bas. Baru sahaja aku mahu mencapai begku, tangan lain sudah mengambilnya.

Doyoung.

" Tak apa. Aku ambilkan. " Senyumnya. Aku mengangguk. Doyoung membawa beg sandang miliknya dan menarik beg bagasiku.

Kami berjalan bersama ke tapak berkumpul didalam pusat motivasi ini. Hwang saem sudah menunggu bersama beberapa guru pengiring lain.

" Semua pelajar dah ada? "

" Dahhh! " Jawab semua. Hwang saem mengangguk. Dia memegang sehelai kertas. Mungkin kertas orientasi.

" Sekarang baru pukul 12 tengah hari. Jadi, kamu semua dibenarkan rehat sehingga pukul 2 petang. Selepas itu, kembali ke tapak ini semula. "

" Kami ada aktiviti apa saem pukul 2 tu? "

" Tunggu je. Aktiviti menarik yang kamu semua akan suka. Enjoy yourself here! Naik sekolah ni, fokus pada ujian akan datang. "

Hwang saem mengambil kertas kedatangan daripada tangan Goh saem. Dia menilik sebelum kerutan hadir didahi.

" Mana Park Sunghoon dan Lucy?! " Jerit Hwang saem. Aku tersengih sebelum aku mengangkat tangan.

" Mereka tidak sihat saem. Jadi, mereka tarik diri disaat akhir. " Jawabku. Aku menoleh kebelakang dan wajah Jia serta Jeongwoo aku pandang.

Jeongwoo dan Jia tersenyum jahat padaku. Aku mengangkat thumbs up sebelum wajahku memandang hadapan kembali.

" Kenapa mereka tidak sihat? Dorang main hujan ke? "

" Loker mereka dipenuhi ulat, saem. Dua-dua demam sebab terkejut. " Jawab salah seorang. Aku menutup mulut menahan tawa.

Penakut!

" Lah siapa pulak yang pedajal dorang? Haih tak apalah, kamu semua boleh masuk chalet. Rehatkan diri dan pukul 2 nanti kembali dengan memakai baju sukan serta keadaan diri yang selesa. Faham? "

" FAHAMMM! "

Kami semua bersurai. Baru sahaja aku mahu menapak pergi, Doyoung menarik tanganku.

" Ya? " Soalku. Doyoung tersenyum sebelum mendekatkan bibirnya pada telingaku.

" Jom pakai baju warna merah. "

" Hah? "

" Tshirt merah. Jom pakai sama-sama. " Ajaknya. Tanganku dipegang lembut. Matanya...

Mengharap aku setuju.

" Okay. " Senyumku. Doyoung tersengih sebelum dia mencium pipiku lantas berlari pergi.

Aku kaku.

Aku baru dicium?

" YAHHHH KIM DOYOUNG!!! "

-------------

Sebaik sahaja masuk kedalam chalet, kesemua perempuan menyerbu bilik tidur. Bibir mereka tidak habis mengucapkan ' WOAH ' kerana terkesima melihat kecantikan isi chalet ini.

Ada televisyen.

Ada sofa berkembar.

Ada dapur dan pinggan mangkuk.

Favourite Lover // Haruto ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin