BAB 45

2.7K 248 140
                                    

Jaymes Young - Infinity
Taeyeon - Fine
Bruno Mars - Talking to The Moon X It Will Rain

Dengar lagu ni masa tengah baca for more feel :)

-----------------------

Hujan turun dengan lebat. Seperti fahamkan perasaan aku sekarang. Tiada air mata yang mengalir lagi. Dah kering kerana terlampau banyak menangis. Jubah hitam yang aku pakai dipandang sayu.

Ramai dah balik selepas pukul 1 tengah hari tadi. Yang tinggal hanyalah saudara mara dan rakan terdekat.

Jia mendekatiku lantas lenganku dirangkul. Dia melabuhkan kepalanya dibahuku.

" Kau baliklah rest, Haewon. Dah lama kau kat sini. Mesti kau penat. " Pujuknya. Mata Jia bertentangan dengan Jeongwoo. Seperti menghantar isyarat. Dan Jeongwoo mengangguk faham. Dia juga turut menghampiriku.

" Jom balik, Haewon. Aku boleh hantarkan. "

" Aku nak tunggu sini. "

" Sampai bila? " Jeongwoo mengeluh. Kot hitam yang dipakainya dibetulkan sedikit.

" Sampai bila-bila. "

" Haewon... " Keluh Jia. Aku mengusap air mata yang mengalir lagi.

" Korang baliklah. Mesti korang penat. " Kataku. Jia dan Jeongwoo menggeleng.

" Kitorang kan kawan kau. Takkanlah kitorang nak tinggalkan kau. "

" Tak apa. Aku okay. "

" Jia, Jeongwoo. Korang baliklah. Aku ada dengan dia. " Celah seseorang. Aku mengangkat muka memandang.

Doyoung.

Jia dan Jeongwoo akur. Mereka mengusap bahuku lantas menapak pergi meninggalkan kawasan penghormatan kematian Haruto.

Ya, Haruto.

Dia ditembak pada hari kejadian itu oleh Hisashi semasa sedang menghalang peluru terkena kami.

" HARUTO! HARUTO!! " jeritku. Kesemua orang aku tolak dan aku berlari menghampiri Haruto yang terbaring lemah.

Kebetulan, polis menyerbu kawasan. Segalanya aku tak endahkan. Hisashi yang digari dan satu persatu anak buahnya ditembak. Tumpuanku hanya pada Haruto.

" Ruto~ya. Kenapa kau tahan peluru tu... " Tangisku. Kepala Haruto aku pangku dipehaku. Badannya menggigil dan nafas dia sudah menjadi berat.

Tolong jangan tinggalkan aku.

Tolong.

Tolong.

" Bukak baju dia. Bantu dia bernafas. Bantu dia! " Jerit Hanbin. Serentak dia menghampiri kami dan membantu Haruto bernafas. Kasut dan baju Haruto dibuka. Dada Haruto ditekan berkali.

Nafas Haruto semakin lemah.

" Papa minta maaf, Ruto. Papa minta maaf. " Dan aku lihat air mata Haruto mengalir. Dia tersenyum dan tangan Hanbin dicapai.

" Ruto sayang papa. "

" Tolong jangan tinggalkan papa. Tolong. " Rayu Hanbin. Dia juga menangis. Tangan Haruto digapai.

" Call ambulans! Ada orang cedera kat sini! " Jerit seorang polis. Suasana mulai kecoh namun aku, Doyoung, Hanbin dan Haruto masih ditengah-tengah.

" Ruto, kau kata kau takkan tinggalkan aku... " Lirih Doyoung. Haruto hanya tersenyum sebelum dia terbatuk-batuk.

Dan batuknya mengeluarkan cecair pekat darah.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now