BAB 28

2.1K 247 96
                                    

" Okay boleh! "

Aku tercengang. Wajah Hyunsuk aku pandang berkali. Aku menyilangkan tangan dan wajah cemberut aku tunjukkan.

" Oppa, seriuslah? " Soalku. Hyunsuk tertawa sebelum pipiku ditepuk.

" Adik bawa beg Haruto naik. Bagi dia bilik tetamu. " Arah Hyunsuk sebelum menapak pergi.

Aku masih tergamam. Hyunsuk bagi Haruto tinggal disini? Sejujurnya bagi aku permintaan Jeongwoo itu melebih. Tetapi melihatkan keadaan Haruto yang baru berumur 17 tahun dan dihalau rumah membuatkan aku berkira mahu membawanya kerumah aku.

Sehinggalah Hyunsuk setuju.

Jap, maknanya... Aku kena serumah dengan dia lepas ni?!

" Tak apa. Aku bawa beg aku sendiri. Terima kasih bagi tumpang. " Katanya. Beg bagasinya ditarik dan beg sandangnya dibawa. Dan aku hanya memerhati dengan ekor mata.

" Aish kau ni! Kenapa tak tolong?! " marah Jeongwoo. Dia terus mengejar langkah Haruto dan bagasi itu diambil.

Aku nampak langkah Haruto tadi. Terjinjit kesakitan. Aku juga beberapa kali dengar aduhan dia. Penuh kesakitan.

Namun aku tak hiraukan.

Siapa lagi sakit? Hati aku ke badan dia?

" Woi mana biliknya?! " Jerit Jeongwoo daripada tingkat atas. Aku mengeluh kasar. Langkah diatur berat ketingkat atas sehinggalah aku tiba dilaluan bilik tidur.

" Kat sini. " Aku menunjukkan biliknya. Jeongwoo mengangguk dan meninggalkan bagasi Haruto didalam bilik. Dia melangkah keluar dan menghampiriku.

" Aku balik dulu. " Katanya. Aku hanya menjeling. Apabila kelibat Jeongwoo hilang, aku menapak ke tangga untuk ketingkat bawah. Baru sahaja mahu menapak, aku terdengar bunyi barang jatuh.

' Aish macam budak-budak betullah takboleh ditinggal langsung!! ' keluhku dalam hati. Aku menapak semula kebilik.

" Apa lagi benda dajjal kau buat hah?! " Marahku.

Aku tersentak. Segera tubuh Haruto aku hampiri.

" Apa jadi? "

" Aku terlanggar rak ni. Lepastu pasu bunga ni jatuh hempap kaki ak-- "

" CUAI LAH! " tengkingku. Haruto terus terdiam dan menunduk. Aku mengeluh dan terus mengambil peti kecemasan yang memang tersedia ditingkat atas.

Kaki Haruto aku belek. Bengkak sahaja. Mungkin kerana terhentak. Aku menyembur kesan bengkak itu dengan semburan bengkak milik Hyunsuk. Dulu dia selalu bengkak sebab bersukan, jadi kami sediakan alat ini dirumah.

Sekilas aku terpandang sebelah kakinya. Berbirat dan lebam. Itu lah punca dia jalan terhincut tadi? Aku belum bertanya lagi tapi aku pasti itu perbuatan Hanbin.

Selesai merawat aku terus menapak pergi.

Aku nak jumpa Jia.

Stres.

Dan hanya dia memahami.

-------------------------

Daripada jauh, Jia memerhatikan gadis itu.

Na Young.

Jia mengepal tangan. Walaupun hatinya sedikit terusik dengan rasa cemburu, tetapi dia perlu selamatkan Jeongwoo dahulu.

Jia bertekad.

Dia menapak kearah Na Young yang sedang sibuk mengemas makeup diwajahnya. Tak kisahlah apa akan jadi.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now