SPECIAL EPISODE

3.4K 266 72
                                    

Aku duduk dengan kaku diatas kerusi. Semuanya kelihatan kekok. Doyoung yang menyedari perubahanku segera meraih tanganku lantas dikucup perlahan.

" Anything bothering you, princess? " Soalnya. Aku hanya tersengih tawar.

" Awak tak rasa pelik ke? "

" Kenapa? " Doyoung juga turut memandang hadapan kami.

Sekarang ni kami berada disalah satu restoran terkenal. Aku, Doyoung, eomma, appa, Hanbin, Jeongwoo dan Jia. Kami dijemput oleh keluarga Haruto di Jepun. Mereka baru sahaja tiba di Korea semalam.

Jadi didepan kami, ada Yuta, Yuto, Shotaro, Niki dan nenek Haruto.

Apa yang membuatkan aku kekok adalah kerana suasana sekarang. Eomma dan appa hanya bermain telefon, Jeongwoo dan Jia bergaduh dengan tidak menghadap satu sama lain. Yuta dan keluarganya hanya menikmati makanan.

Situasi ini yang membuatkan aku dan Doyoung tergamam.

" Ehem! " Tegur Doyoung. Serentak semua perhatian kepadanya. Yuta mengangkat keningnya. Aku menunduk. Malunya.

" Boleh saya tahu kenapa kami dipanggil kesini? " Soal Doyoung, tegas. Yuta meletakkan garfunya diatas pinggan. Serentak semua ahli keluarga Haruto pun berbuat perkara yang sama.

" Kami datang nak menyampaikan sesuatu. "

" Apa dia? "

" Pertama sekali, kami nak beritahu yang kami sekeluarga dah maafkan Hanbin. " Hanbin mengangkat muka memandang Yuta. Dia nampak serba salah.

" Kami redha atas kematian Hitomi. Dan juga kematian Haruto. Walaupun Haruto baru nak memerintah empayar ni, Tuhan lagi sayangkan dia. Kami dah penat nak bersedih, jadi kami sekeluarga dah maafkan kalian. " Senyum Shotaro. Aku mengelus tanganku.

" Terima kasih sebab maafkan kami. Terima kasih. " Kataku, sayu. Doyoung mengelus belakangku. Isu Haruto merupakan isu yang sangat sensitif untuk aku. Mujurlah Doyoung memahami. Dia sangat penyabar. Kami dah 4 bulan berkahwin, dah aku dilayani dengan sangat baik.

Tiada paksaan, tiada sebarang bentuk kemarahan. Semuanya penuh kasih sayang.

Aku juga sudah semakin sayangkan lelaki ini. Suatu hari nanti, kami akan bahagia.

" Aku minta maaf. Untuk semua yang aku buat kat Hitomi. Aku tahu aku salah. Aku dah menyesal. Aku dah kena karma. " Kata Hanbin, perlahan. Kemudian, ternampak senyuman manis di bibir Yuta.

" Kan aku dah kata, aku dah maafkan kau. Jangan risau. Aku tak berdendam. "

Keadaan kembali senyap. Aku mengerling Jia dan Jeongwoo. Bergaduh lagi. Daripada tadi aku perhati si Jia tu menjeling Jeongwoo. Mencubit la, menjeling la, mencebik lah.

Baru setahun kahwin.

Dah bergaduh macam ni?

" Haewon.. " panggil nenek Haruto. Aku memandang dan tersenyum.

" Ya nek? "

" Terima kasih sebab tangkapkan Hisashi. Terima kasih. Kamu memang baik. "

" Eh bukan saya, nek. Haruto yang tangkap Hisashi. Saya pun diselamatkan oleh dia juga. " Gelengku. Wanita tua itu tersenyum dengan bibir tuanya.

" Kami akan ingat Haewon sekeluarga sampai bila-bila. Kami terhutang budi. "

Aku hanya mengangguk dan rasa sebak mulai menguasai jiwa. Wanita ini pasti terseksa dengan lelaki sekejam Hisashi itu.

" Kedua, aku nak cakap pasal Haewon. " Potong Yuto. Kami kembali memberi perhatian.

" Sebenarnya Harutolah CEO empayar Watanabe & Co sekarang. Sebab dia dah tiada, kami pula yang mengambil alih sekarang. Tapi selepas berjumpa peguam semalam, kami dapati sesuatu berkenaan Haewon. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now