BAB 33

2.1K 226 33
                                    

Flashback 2003...

" Sayang take care ya? Abang pergi 6 bulan je. Sayang duduk rumah, jaga diri, jaga kandungan okay? Jangan stres-stres. " Pesan Hanbin ditalian pada isterinya, Kim Daena.

" Iyaa. Abang jaga diri tau kat Jepun sana. Kalau ada masa, Daena turun Fukuoka. "

" Abang dah nak gerak dah. Bye, love you. "

" Love you too. "

Talian dimatikan. Hanbin meraup muka. Dia mengenang pemergiannya ke Fukuoka, Jepun diwaktu ini. Memandangkan dia merupakan doktor baharu, dia dan sahabatnya ditukarkan ke Fukuoka selama 6 bulan. Mereka kini didalam pesawat yang bakal terbang ke lapangan terbang Fukuoka.

Hanbin merenung langit melalui pantulan cermin. Wajah Daena yang sedang mengandung menghiasi pemandangan.

" Muram je bro? " Tegur rakannya. Bahu Hanbin ditepuk.

" Aku risaukan Daena lah, Eungkwang. " Tunduk Hanbin. Eungkwang tertawa.

" Dia akan okaylah. Aku tahu Daena akan jaga diri dia. "

" Tapi due date dia masa aku masih di Jepun. Takkanlah dia nak lahirkan anak kami sorang-sorang? "

" Kandungan dia berapa bulan sekarang? "

" 3 bulan. Dahlah kami baru je dapat tahu dia pregnant minggu lepas, tup tup dah kena ke Japan. "

" Dia tak nak ikut kau duduk Japan? "

" Dia tak nak. Dia kan baru je mulakan business dia. So dia nak lah kembangkan. Sebab tu dia tak nak ikut. " Eungkwang menepuk bahu Hanbin, memahami perasaan sahabatnya.

Perjalanan daripada Seoul ke Fukuoka hanya mengambil masa 2 jam. Selepas itu, mereka berdua tiba dan terus melaporkan diri.

Disebabkan Seo Eungkwang ditugaskan dibahagian kanak-kanak, dia dan Hanbin berpisah unit. Hanbin juga telah diserahkan wad yang perlu dijaga.

Wad Hitomi.

Sebaik sahaja pintu wad Hitomi ditolak, Hanbin tergamam. Gadis polos itu sedang tertidur lena dengan diselimuti selimut tebal. Wajahnya juga nampak tenang.

Hati lelakinya terusik.

" Nama dia Watanabe Hitomi. Masuk sini seminggu lepas sebab kemalangan. Dia ditahan sebab rahim dia ada masalah. Kemungkinan susah untuk mengandung atau pun tidak boleh mengandung langsung. Jadi, bapa dia mintak pihak hospital buat pemeriksaan menyeluruh. " Terang jururawat disamping Hanbin. Dia mengangguk dalam keadaan matanya tidak lepas memandang Hitomi.

" Dia sorang je eh pesakit jagaan saya sekarang? "

" Haah dia sorang je. "

Selepas sahaja jururawat itu berlalu pergi, tinggal Hanbin dan Hitomi berdua. Lelaki itu menilik raut wajah gadis Jepun itu.

Cantik.

Mata yang bundar.

Bibir terbentuk nipis.

Hidung mancung.

Hanbin menyentuh pipi gadis itu dengan perlahan dan secara tiba-tiba Hitomi terjaga. Matanya membulat memandang Hanbin.

" TOLONGGGGG!!!! PEROGOL!!!!!!!! " jerit Hitomi. Dia menjerit dan meracau. Segala barangan dibaling kearah Hanbin.

" Eh cik! Bertenang! Saya doktor Hanbin! Doktor cik! " Kata Hanbin, cuba menenangkan. Namun Hitomi masih agresif sehingga Hanbin terpaksa memanggil beberapa jururawat dan menyuntikkan ubat penenang.

Favourite Lover // Haruto ✓Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα