BAB 35

2.1K 238 28
                                    

Aku menopang dagu pada tanganku. Fikiranku melayang. Dan aku berpaling melihat tempat duduk sebelahku.

Kosong.

Haruto.

Serta-merta air mata mulai memenuhi tubir mata. Rindunya.

" Woi jangan berangan! Kau tu bukannya cantik sangat! Nanti bertambah jerawat. "

" Siapa kata berangan akan ada jerawat? "

" Aku kata! " Jeliran lidah diberikan. Haruto ketawa terbahak-bahak. Aku menepuk lengannya dan memuncung.

" Tak adalah. Aku gurau. Kau cantik. Cantik sangat. " Senyumnya. Dia menepuk kepalaku.

" My girl. "

" Ermm Haewon! Hello? " Aku tersentak. Segera aku memandang gadis yang menegurku.

" Hah apa dia Chaewon? "

" Haruto mana? " Aku terdiam.

" Ermm nape cari dia ek? "

" Aku nak bagi dia ni. " Sebungkus coklat ditunjukkan kepadaku. Segera dahiku dikerutkan.

" Kenapa nak bagi dia coklat? "

" Ermmm.. jangan beritahu siapa-siapa eh? Aku sukakan dia. Tapi aku diam je sebab ramai sangat dah suka dia. "

" Suka dia? Ramai? Siapa? "

" Mostly of girls. Dia handsome lah, Haewon! Takkan kau tak tergoda duduk sebelah dia? Dahlah handsome, kapten bola sepak lagi tu! Dah tu, tinggi, lepas tu dia punya senyu-- "

" Haruto tak ada. " Kataku, dingin. Chaewon tergamam. Dia memandangku, tajam.

" Apahal dia tak ada? "

" Balik Jepun. Hal family. And lepas ni, tak payahlah nak beri coklat semua. Haruto tak suka benda manis. "

----------------

Loceng rehat berbunyi. Sejujurnya sepanjang kelas tadi, aku tak dapat fokus. Kejadian dua hari lepas masih segar difikiran.

" Mama dah tahu semuanya. "

" Mama? " terperanjat Doyoung. Tiba-tiba sahaja Puan Daena muncul.

" Sayang anak mama, Haruto dah balik Jepun eh? "

" Baru je tadi. "

" Mama tak sempat nak mintak maaf kat dia. Mama banyak dosa dengan dia. "

" Apa maksud mama? "

" Mama tahu dah dia tu anak scandal papa. Sebab setiap hari mama dengar papa nangis. Sebut nama Hitomi. Hitomi. Hitomi. Dan waktu tu mama tahu, Haruto memang anak papa dan Hitomi. " Daena menunduk. Kami semua diam. Memerhatikan Daena.

" Mama marah sangat. Doyoung baru 4 bulan, tiba-tiba Haruto datang. Entah dari mana. Mama kejam dulu. Mama tak pernah beri susu mama kat dia. Tapi dia minum susu tepung. Sampai badan dia bengkak sebab tak dapat terima susu tu. Tapi apa mama kisah? Dia tu anak haram, bukannya anak mama. "

Tiba-tiba mama menangis. Teresak-esak. Sehingga eomma terpaksa menghulurkan tisu. Aku dan Hyunsuk hanya memerhati. Hanya Doyoung yang memujuk mamanya.

" Sampailah satu hari... Doyoung masa tu dah lima tahun. Haruto empat tahun. Dan mama jadi saksi masa tu. Sesuatu yang buat mama menyesal. "

" Mama nampak Doyoung nak tolak Haruto jatuh kolam. Mama nampak semuanya. Kamu cuba nak tolak dia masa dia tengah duduk kat tepi kolam rumah kita. Tapi akibatnya, kamu yang terjatuh. Dan Haruto... Dia yang turun dan tolong kamu. Dia tarik kamu ke tebing balik. Dan Haruto yang tenggelam. Mama menangis masa tu dan terus lari selamatkan dia. Muka dia kebiruan. Nasiblah doktor dapat selamatkan. Dan soalan pertama dia kata lepas dia sedar, ' Doyoung hyung selamat tak mama? ' tak terkata air mata mama mengalir masa tu. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now