BAB 1

4K 323 174
                                    

" Kau tak nak kurangkan berat badan ke? " Soalan Jeongwoo buatkan aku terdiam. Menunduk kepalaku.

" Aku gemuk sangat ke? "

Jeongwoo membulatkan matanya. Dia menggeleng laju. Mukanya nampak serba-salah.

" Eh tak! Kau okay! Just a little bit chubby, hehehe. Kalau kau turun sikit berat, mesti lawa. " Senyum Jeongwoo. Aku cemberut.

163 cm, 65 kg. Okay, gemuk.

" Patutlah aku single. " Jawabku sayu, serentak terdengar gelak tawa Jeongwoo.

" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!! "

" Apahal kau gelak?! " Jelingku. Tubuh Jeongwoo ditolak kasar.

" Single tak bermaksud sebab kau hodoh. Cuma lelaki bodoh je tak pandai menilai kecantikan kau. Nanti akan ada lelaki yang sukakan kau, one day. " Jeongwoo angguk yakin. Aku meramas tanganku.

" Minggu depan dah start cuti semester kan? "

Jeongwoo mengangguk.

" Tolong aku. "

" Hah? Tolong apa? "

" Tolong aku jadi kurus. "

-------------------

Doyoung mengemaskan rambutnya. Spray rambut disembur pada rambutnya. Kemudian, lidahnya digigit dan tersenyum riang dia dihadapan cermin.

" Start your day with positive vibes. " Pesan Doyoung pada dirinya. Dia tersengih.

Sebaik sahaja dia melangkah ke luar pintu, senyumannya mati. Mukanya masam melihat wajah lelaki yang sedang duduk diatas meja sebelah biliknya.

" Woi anak yatim! " Jerit Doyoung. Menarik perhatian lelaki yang sedang mengulangkaji pelajaran itu.

" Ya? "

" Papa ada cakap apa-apa tak kat kau? " Soal Doyoung dan lelaki itu menggeleng.

" Papa cakap yan-- "

" Biar papa inform sendiri. " Potong Hanbin. Doyoung terdiam. Figura Hanbin melepasi dirinya dengan muka tegas.

" Haruto. " Panggil Hanbin. Haruto memandang tanpa perasaan.

" Habis cuti semester, kau akan start belajar kat sekolah sama dengan Doyoung. Terpulang pada Doyoung nak reveal yang kamu tu adik angkat dia ke tak. Yang penting kau sekolah. Aku tak membesarkan budak bodoh. " Kata Hanbin, garang. Wajahnya tanpa senyuman pada Haruto.

Lelaki itu mengangguk laju. Akur pada arahan ayahnya.

" Kenapa Ruto satu sekolah dengan Doyoung, pa? Malulah kalau orang tahu Doyoung ada adik angkat lagi! " Keluh Doyoung. Hanbin mengusap bahu anaknya, lembut. Senyuman manis dilemparkan.

" Haruto cuma datang nak belajar je. Kalau dia mengganggu Doyoung, inform papa. "

Serentak Haruto menerima dua jelingan.

Daripada Hanbin dan Doyoung.

" Papa nak pergi hospital dah ni. Mama pun sama. Kamu duduk rumah eh? " Pesan Hanbin. Doyoung tersengih.

" Doyoung nak keluar kejap boleh? Dengan kawan. "

" Bolehh. Nah. " Beberapa keping duit diberikan kepada Doyoung. Haruto yang memerhatikan sejak tadi segera bangun dan menghampiri ayahnya.

" Papa... Ermm.. Ruto nak sikit duit boleh? " Pinta lelaki tinggi itu. Hanbin menjengilkan matanya.

" Nak buat apa?! " Tengkingnya. Tersentak bahu Haruto. Dia menunduk.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now