BAB 27

2.1K 242 69
                                    

Aku menapak dengan senyuman kebangku taman. Doyoung menghantarku mesej sebentar tadi memintaku berjumpa disini.

Ditaman ini.

Katanya ada hal yang penting mahu dibincangkan.

Daripada jauh, aku ternampak dia sedang duduk dibangku membelakangku. Hatiku terus berbunga. Lelaki itu selalu buatkan aku senang hati. Walaupun, aku masih belum sukakan dia, namun sikap baiknya membuatkan aku tak terasa takut untuk mencuba.

Dia lelaki yang sangat baik.

Dan aku sangat beruntung.

Aku menapak perlahan kearahnya yang masih tidak sedar kehadiranku. Tangan diangkat lantas mata Doyoung aku tutup menggunakan tanganku. Sengihan menghiasi wajahku.

" Cuba teka ni siapa? " Tanyaku, riang.

" Err.. Haewon? Apa kau buat ni? "

Senyumanku mati. Ini bukan suara Doyoung. Aku segera menarik tanganku. Dan lelaki yang berpaling ini membuatkan aku terkedu.

Haruto.

" Apa kau buat kat sini? " Soalku, tegas. Haruto mengelus belakang tengkuknya.

" Doyoung suruh aku kesini. "

" Eh apahal pula? Doyoung yang suruh aku datang sini. " Bidasku. Haruto berdehem dan menunduk. Dia nampak macam menyimpan seribu satu rahsia.

" Do--Doyoung suruh aku sampaikan ni kat kau. "

" Hah? Doyoung suruh? Habistu mana dia? Aku nak jumpa dialah. " Keluhku. Aku memeluk tubuh dan berpaling.

Hati aku berdegup kencang setiap kali melihat wajah Haruto.

Dan sebaiknya, wajah itu aku elakkan.

" Doyoung suruh aku lamar kau. Jadi girlfriend aku. "

Dang.

Apa ni?

Mataku membulat. Terus hilang rasa berdebarku. Diganti dengan rasa terkejut. Apa mamat ni merepek? Doyoung suruh?

" Kau demam ke apa Ruto? Mana Doyoung? Stop playing around, I dont like it! " Jeritku. Aku nak Doyoung disini.

Aku rindu senyuman dia.

Sengihan dia.

Layanan baik dia kat aku.

Aku nak jumpa dia!

" Doyoung yang cakap dengan aku. Serius, Haewon. Aku tak menipu. Aku pun terkejut juga masa dia beritahu tu. Dia kata kau sukakan aku lagi. "

Aku menepuk dahi.

Drama apa pula ni?

Memang.

Memang aku masih sukakan lelaki ini. Tapi itu tak bermaksud aku nak bersama dia.

Aku sedang cuba memahami Doyoung.

Bukannya Haruto.

Sedang mataku melilau mencari, satu tubuh berjalan menghampiri kami.

" Saya yang lepaskan awak, Haewon. "

Satu suara mencelah.

Suara ini.

Aku berpaling dan segera wajah itu aku pandang dalam.

Doyoung.

" Doyoung, apa Haruto mengarut ni? Dia cakap awak lepaskan saya. What a nonsens-- "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now