BAB 40

2.1K 237 66
                                    

Punggung dilabuhkan diatas kerusi pesawat. Haruto menghembus nafas kasar. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi.

" Haih, menung ape je tu? " Seseorang duduk disebelahnya.

Suzuki Yua.

" Tak sabar nak balik Korea. " Senyum Haruto. Yua tergelak.

" I cant wait for the marriage too. " Sengih Yua. Haruto mengangguk setuju.

" Imagine you wearing that wedding dress pun, dah boleh buat aku senyum. "

" Thanks Haruto, for everything. "

" Thanks to you too, for helping me. But, kau serius ke nak kahwin kat Korea? "

" Yup. Why not? "

" Aku ingatkan kau prefer Japan. "

" Ermm by the way, kenapa kau lepaskan jawatan tu? " Soalan Yua membuatkan Haruto termenung. Dia teringatkan meeting yang dia lakukan tadi.

Semua ahli yakuza Watanabe berkumpul. Daripada yakuza kecil sehinggalah sedara mara rapat. Nenek juga turut menghadirkan diri.

Haruto kasihankan neneknya. Hidup dengan lelaki macam Hisashi. Hanya tahu mementingkan diri, dan duit. Hati neneknya banyak kali tersakiti. Namun, Hisashi abaikan.

Syukurlah neneknya kini sudah bebas.

" Terima kasih kerana datang semua. " Ucap Haruto dan membongkok. Seraya dia juga turut menerima penghormatan tunduk daripada semua anak buahnya yang melebihi 500 orang.

Kesemuanya yakuza Fukuoka.

Dihadapannya, ada nenek, Yuta, Yuto, Shotaro, Ni-ki dan Kaito. Kerana mereka merupakan saudara rapatnya, mereka dibenarkan duduk dihadapan.

Haruto juga sudah mengubah cara pemerintahan Watanabe. Sebelum ini, semua orang tidak dibenarkan duduk kecuali Hisashi. Semua diwajibkan menunduk bongkok padanya sehinggalah perjumpaan tamat.

Kini, Haruto mengarahkan semua sekali anak buahnya duduk diatas kerusi. Saudara rapat pula duduk di kerusi hadapannya. Hanya Haruto sahaja yang berdiri. Memudahkannya untuk menyampaikan maklumat.

" Harini aku panggil korang bersebab. "

Semua senyap.

" Aku akan lepaskan jawatan yakuza ni. "

" Hahh???? "

Semua ternganga. Tak kurang juga terlongo. Reaksi saudaranya juga terperanjat.

" Untuk jawatan yakuza ni, saya akan serahkan kepada saudara saya, Nakamoto Yuta. " Serentak bahu Yuta ditepuk. Lelaki itu masih terkejut. Sejujurnya, tiada siapa tahu berkenaan hal ini bahkan Yoshi pun.

Mereka semua terkejut dengan keputusan mendadak Haruto.

" Tapi kenapa Haruto? " Soal Yuta. Haruto menarik nafas dalam dan tersenyum.

" Aku tak suka jadi yakuza. Membunuh, pancung orang hanya untuk kepentingan diri. Untuk bubarkan empayar ni, aku rasa tu keputusan yang sangat berat. Jadi, aku serahkan empayar ni pada Yuta. Dia akan lead empayar sekarang. Tapi aku akan kekal sebagai CEO Watanabe & Co, dan akan uruskan business keluarga. "

" Tapi Yuta bukan ahli rasmi keluarga Watanabe! Dia tu Nakamoto. " Bantah seseorang. Dia menjeling tajam.

" Dia tetap darah daging Watanabe. Ayah dia tetap merupakan salah satu anak Hisashi, sama macam aku. Kalau ikut kan, aku lagi hina kan? Aku ada darah Korea, tapi Yuta tak ada. Jadi, anggaplah dia sama macam aku. " Pujuk Haruto.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now