BAB 14

2.3K 242 30
                                    

Penghormatan terakhir diberi. Abu mayat didalam bekas elok terletak diatas para terhormat. Selepas tetamu beransur pulang, ahli keluarga yang tinggal termenung jauh.

" Oyabun ( father ) .... "

Seorang wanita pertengahan umur menghampiri lelaki tua yang duduk berteleku.

" Yes, sayang? "

" Amida dan Eiko dah tiada. Anak dalam kandungan Eiko juga disahkan meninggal dalam kandungan. Kita tiada pewaris, oyabun.. " keluh wanita itu.

Lelaki tua bergelar oyabun itu terdiam. Dia berkerut. Sekilas, dia terpandang seorang lelaki yang mulai menapak masuk. Selepas memberi penghormatan, lelaki itu menghampiri oyabun.

" Lepas kau mati nanti Hisashi, empayar ni aku pegang. " Kata lelaki itu dalam senyuman sinis. Oyabun menjeling dan bahu lelaki itu dipegang kuat.

" Langkah mayat aku dulu kalau kau nak aku serahkan empayar ni kat kau, Akihito. "

" Kau dah tak ada pewaris, Hisashi. Anak dengan menantu kau dah mati. Waris yang sepatutnya lahir hari ni pun dah mati. So, aku paling layak ambil empayar yakuza ni lepas kau mati. "

Senyuman sinis milik Akihito itu menyakitkan hati Hisashi. Mahu saja kepala Akihito ini dipancung jika dia tidak fikirkan yang Akihito ini adiknya.

" Aku masih ada waris. Aku akan cari dia dan pastikan kau takkan dapat empayar yakuza ni. " Gigi diketap dan kepala Akihito ditolak kasar.

Hisashi dan isterinya bangun lantas menuju ke kenderaan yang sudah menunggu diluar. Mereka banyak mendiamkan diri.

" Oyabun! " Sengih Amida. Tubuh si ayah dipeluk.

" Hari ni ke Eiko melahirkan? " Soal si emak, ramah. Amida mengangguk.

" Hari ni family kita akan dapat ahli baru. Bayi lelaki baharu. "

" Pewaris empayar yakuza kita. " Jawab Hisashi bangga. Namun, Amida mengeluh.

" Sebenarnya, Amida tak nak anak Amida jadi yakuza. Amida nak dia jadi orang biasa je. "

Terus mata Hisashi membulat. Wajah anak lelakinya dipandang tajam. Eiko dibelakang Amida hanya menunduk sambil mengusap perut.

" Kau nak kecewakan aku macam mana kakak kau kecewakan aku ke?! " Soal Hisashi keras. Amida menggigit bibir.

" Oyabun, Amida tak nak join dah family yakuza ni. Amida nak taubat. Amida nak hidup dengan Eiko dan anak kami secara aman. Hidup bahagia. "

" Huh? Hidup bahagia? " Lengan baju Amida diselak kasar dan terpampang tatu pahlawan samurai dilengannya.

" Tatu ni tatu rasmi ahli yakuza. Saat kau buat tatu ni, kau sah ahli yakuza keluarga ni! " Berang Hisashi. Empayar yang dijaga sejak zaman dahulu tiba-tiba sahaja mahu dibatalkan oleh si anak.

" Maafkan Amida. Tapi Amida mungkin akan kecewakan Oyabun macam mana kakak kecewakan Oyabun. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now