BAB 31

2.3K 242 109
                                    

Bebola mata Jeongwoo bergerak-gerak sebelum dengan perlahan ianya terbuka. Jeongwoo melihat sekeliling.

Ini bukan bilik aku. Badannya ditilik. Sudah bertukar baju.

Sakit dikepalanya menyerang lagi. Satu-persatu kejadian semalam menghimpit fikirannya. Jeongwoo berkerut menahan sakit.

" Se--semalam.... Aku? Na Young? " Jeongwoo mengeluh kuat. Dia bersandar dan mendengus.

Perempuan tak guna.

" Dah sedar? " Jeongwoo tersentak apabila seseorang masuk kedalam bilik itu. Dia menghembus nafas lega.

" Ji--Jia.. " katanya, lemah. Jia masuk dengan menatang sedulang bubur dan air kosong.

" Aku kat mana ni? "

" Kubur. " Balas Jia, beku. Dia pantas menyusun semangkuk bubur diatas meja dan air kosong bersama sepapan pil paracetamol dibawa kearah Jeongwoo.

" Makan ubat ni. Doc kata kau lemah lagi. " Kata Jia. Jeongwoo mengangguk patuh. Ubat pil itu ditelan dan segelas air diteguk.

Matanya masih utuh memandang Jia. Dia perlukan penjelasan.

" Macam mana aku boleh ada kat sini? " Soal Jeongwoo lagi. Jia mengeluh dan semangkuk bubur diambil.

Dia duduk dihujung katil Jeongwoo.

" Tak apa. Aku makan sendiri. " Baru sahaja tangannya mahu mengambil mangkuk bubur itu, dia mengaduh kesakitan.

" Arghh! " Aduh Jeongwoo. Jia menggeleng.

" Tangan kau terseliuh. Kena sepak semalam. Jangan gerak banyak. Aku suapkan. " Balas Jia, tegang. Jeongwoo mengangguk patuh.

Satu sudu dipenuhi bubur disuapkan ke mulut Jeongwoo. Jia tersenyum kecil.

Makan pun comel.

" Nah makan lagi. " Baru sahaja suapan ketiga mahu disua, Jeongwoo menggeleng.

" Aku nak tahu macam mana aku boleh ada kat sini. "

Jia menghembus nafas kasar.

" Kawan aku kat club beritahu dia nampak kau kat club semalam. And.. kau hampir kena dengan erm...ermm.. " Jia menarik nafas dalam. " Gay. "

" Gay?? "

" Ya. Awek kesayangan kau tu jual kau untuk satu malam kat 5 lelaki gay. "

Jeongwoo meneguk liur. Dia meraup muka.

" WOI KORANG BUAT APA NI??!!! "

Satu suara menerjah masuk pintu lantas lelaki gay itu ditumbuk kasar. Jeongwoo masih terbaring lemah.

" Woi kau siapa?! "

" Kau tu yang siapa hah?!! Bodoh, dasar gay! "

Jihoon.

" Adik! Ambil Jeongwoo cepat! " Arah Jihoon. Jia bertindak pantas lantas tubuh Jeongwoo dipegang.

" Jeongwoo! Bangun! "

" Dia dah khayal dah tu, Jia! Papah dia! " Jia mengangguk faham lantas tubuh Jeongwoo dipapah. Mereka berdua keluar bersama.

" Eh apahal kau kat sini?! " Na Young kaget lantas meluru kearah Jia dan Jeongwoo. Dia berdiri menghadang mereka berdua.

" Kau ketepi! Aku tak suka cemarkan pemandangan dengan muka buruk kau. " Marah Jia. Na Young mendengus.

" Ni pakwe aku! Kau nak bawa lari mana, hah?! "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now