BAB 36

2.1K 241 64
                                    

Hyunsuk menapak tangga kebilik Haewon. Keluhan kecil terbit dibibir. Pintu dikuak.

Kosong.

Dah hari kelima macam ni.

Hyunsuk kembali turun ke tingkat bawah. Lelaki yang datang singgah dihampiri pantas.

" Haewon tak ada lah, Doyoung. "

" Err.. dia pergi mana? "

" Kau pergilah Incheon Airport. "

" Jap, Incheon? " Doyoung tersentak. Dia kelihatan keliru. Hyunsuk menepuk bahu Doyoung.

" Kau pergilah sana. Nanti kau tahu. "

Doyoung kembali ke keretanya dan memandu ke Incheon Airport. Dalam hatinya, tak habis resah kerana fikirkan apa yang Haewon buat di airport pagi-pagi macam ni.

Sebaik sahaja tiba di Incheon Airport, dia terus meluru kedalam. Kanan dan kirinya dilihat. Matanya melilau mencari gadis yang daripada tadi dia tunggu.

Gotcha!

Doyoung berlari ke bangku pengunjung. Nafasnya tercungap akibat tidak habis berlari.

" Choi Haewon... " Panggil Doyoung, tercungap. Haewon berpaling. Dia tersenyum.

" Eh Doyoung? Kenapa datang? "

" Hyunsuk hyung suruh datang sini. Kau buat apa kat sini, pagi-pagi? Kau nak pergi mana? " Doyoung melabuhkan punggung disebelah Haewon.

" Aku tunggu Haruto. "

Doyoung tergamam. Keadaan menjadi senyap.

" Dah berapa lama kau macam ni? "

" Ermm maksud kau? " Gelak Haewon. Dia tersengih.

" Tunggu orang yang takkan kunjung tiba. Dah berapa lama? "

" Takkan tiba? Siapa kata Haruto takkan balik? Siapa kata?! " Amuk Haewon. Dia berkerut.

" Dah sebulan, Haewon. Sebulan. Dia tak ada call kau kan? Dia tak reply message kau kan? " Haewon terdiam. Telefon miliknya ditilik.

Masih tiada mesej lagi.

Daripada Haruto.

" Jomlah balik. Aku bawakkan. Jom. Kau mesti belum sarapan kan? " Dorong Doyoung. Lengan Haewon dicapai.

" Aku nak singgah satu tempat ni dulu. "

-----------------

Aku memandang kaku memorial dihadapanku. Rasa sebak menghampiri diri.

" Appa... Haewon rindu appa... " Kataku, sayu. Wajah appa di memorial peringatan diusap.

" Bila appa kau pergi? " Soal Doyoung. Dia turut sama melihat memorial mendiang appa Haewon.

" Masa aku umur 5 tahun. Kena tembak dengan pemburu haram. "

" Siapa yang tembak? Kau tahu ke siapa? "

" Aku tak ingat sangat. Tapi yang aku sempat nampak, pemburu tu ada tatu. "

" Tatu apa? "

" Tatu samurai. Kat lengan dorang. "

Doyoung terkesima. Kata-kata Hanbin mulai menganggu fikiran.

" Keluarga yakuza Watanabe ni nak kenal senang je. Tatu samurai kat lengan. "

" Eh berangan pulak kau! " Tepuk Haewon. Doyoung tersentak dan dia meraup muka.

" Tak ada apa. Kau nak balik sekarang ke? "

Favourite Lover // Haruto ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora