BAB 38

2K 227 48
                                    

5 tahun kemudian.....

Aku tersenyum lebar. Pipiku panas. Dan badanku membahang. Kesan alkohol.

" Kau dah berapa cawan dah ni, Haewon? " Soal Jeongwoo, risau. Aku hanya tertawa. Gelas ku disua pada Jeongwoo, memintanya menuangkan lagi.

" Tak payah bagi lagi! Dia dah minum hampir 6 gelas. " Larang Jia. Botol alkohol diambil daripada tangan Jeongwoo lantas dia sua ke meja lain.

Aku mendengus.

" Jia jahat! Hik! Hik! " Aku mencebik. Cuba menangis sebelum gelak tawa memenuhi ruangan kedai makan ini.

Harini kami buat reunion batch bersama. Selepas hampir 5 tahun meninggalkan sekolah, akhirnya kami berjumpa kembali.

Aku masih Haewon yang dulu.

Yang periang.

Yang ceria.

Lagi-lagi sejak aku dah mula bekerja sendiri. Sebagai wedding planer. Dan aku juga dah ada butik sendiri!

Kerja aku tengok orang kahwin, tersenyum bahagia dan saling jatuh cinta. Tapi aku?

5 tahun bukan tempoh yang mudah untuk aku. Betapa terseksanya aku menahan sakit. Menahan luka yang Haruto tinggalkan.

" Semua lelaki tak guna! " Jeritku. Lantas aku tertawa. Hebat sungguh kesan alkohol ini. Aku boleh hilang akal.

" Tapi aku berguna! " Celah seseorang. Rowoon. Aku menepuk kepalanya dan berdehem kecil. Sebotol arak diambil dan diteguk begitu sahaja.

Namun, belum sempat arak itu menjamah tekakku, seseorang merampas botol itu daripadaku. Kerutan halus didahi kelihatan. Aku berpaling dan mencebik.

" Bagi balik! " Marahku. Namun lelaki ini tidak melayan. Dia menyerahkan arak itu kepada lelaki lain. Dia mengambil tempat disebelahku. Dahiku disentuh lembut.

" You drink a lot, Haewon! " Bebelnya. Aku tertawa dan menepuk dadanya, perlahan.

" Am I not allowed to drink now, Kim Doyoung? " senyuman menghiasi bibirku sebelum kepalaku dilabuhkan pada dadanya. Selesa.

" Kau kan tak boleh minum banyak sangat. Nanti mulalah mengarut. Siapa yang bagi dia minum banyak sangat ni, Jia? " Soal Doyoung pada Jia. Gadis itu mendengus.

" Mamat sewel ni ha! " Jari telunjuknya dituju pada lelaki ditempat duduk sebelahnya.

Park Jeongwoo.

Jeongwoo juga sudah separuh mabuk. Tapi tak terlalu teruk seperti aku.

" Kau tak nak minum ke, Jia? " Jeongwoo menghulurkan segelas cawan pada Jia, namun gadis itu menolak.

Sejujurnya, aku sudah mulai jatuh kasihan pada Jeongwoo. 5 tahun dia mencuba. Dan 5 tahun dia ditolak.

Jia serik katanya.

Tapi, Jeongwoo tak mengalah. Aku harapkan keputusan yang baik aku dapat daripada mereka.

" Haewon, jom balik? Kau dah collapse sangat ni. " Kata Doyoung. Dia berbisik ditelinga ku.

Aku mengangguk. Aku pun dah penat. Aku cuba bangun sebelum pandanganku berpinar. Semuanya berpusing.

" Kau mabuk lagi. Sini. " Doyoung mencangkung dan menepuk belakangnya.

Aku tertawa.

Yeay, Doyoung piggyback aku!

Yeay, Doyoung piggyback aku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now