BAB 25

2.1K 250 69
                                    

Aku tergamam. Segera aku menolak tubuh Haruto, namun dia masih mengepungku. Tidak berganjak.

Aku nekad.

Lengannya aku cubit lantas dadanya terus ku tolak agar menjauhi aku.

Berjaya! Dia tergalih kebelakang.

Doyoung menghampiri kami.

Semakin dekat. Dan dia berjalan ke lokernya. Pintu dibuka dan begnya yang aku bawa, dia kemas semula.

Aku dan Haruto masih mendiamkan diri.

Doyoung membawa beg sandangnya lantas pintu loker ditutup. Dia memandangku dan Haruto bergilir.

Jari kelingkingku dipaut lantas dia genggam erat.

" Jom, saya hantarkan awak balik. " Senyumnya. Aku hanya menurut. Kami berdua keluar daripada bilik persalinan.

Sempat aku lihat reaksi Haruto tadi.

Wajahnya.....sayu.

Aku dibawa oleh Doyoung ke motornya. Helmet diberikan. Baru sahaja aku mahu memakainya, Doyoung terus memegangnya lantas mengambilnya daripada tangan aku. Dia tersengih.

" Sini, saya pakaikan. "

Aku hanya melihat tindakan Doyoung yang seterusnya. Dia dengan lembut memakaikan helmet dikepalaku. Penuh cermat dan kepalaku ditepuk manja.

" Girlfriend saya cantik. " Sengihnya. Aku turut tertawa. Motornya aku bonceng lantas Doyoung menaiki motornya menuju ke rumahku.

Dengan perlahan, aku memeluk pinggang Doyoung lantas kepalaku direhatkan dibelakangnya. Selesa.

Beberapa minit diatas jalan raya, akhirnya kami tiba dirumah ku. Aku segera turun daripada motor. Belum sempat aku membuka kancing helmet, tanganku diraih Doyoung.

" Saya bukakkan. " Dia membuka helmetku lantas rambutku diserabaikan.

" Haih, janganlah! " Jelingku. Doyoung tersengih dan lidah digigit manja.

" Saya sayang awak. " Ucapnya. Serta merta pipiku memerah. Ucapan spontan Doyoung sejujurnya boleh buat hati runtuh!

" Errrr.. awak tak nak cakap apa-apa ke? " Soalku, takut-takut.

" Pasal apa? "

" Saya dengan Har--Haruto tadi. " Aku menunduk. Takut jika dimarahi.

Diam.

Sunyi.

Sebelum daguku dicuit dan dibawa naik menghadap Doyoung. Mata kami bertembung dan dia tersenyum manis.

" Saya tak marahlah. Saya tahu awak sayang saya. "

Terharu.

Lelaki ini...baik bak malaikat.

Aku mengangguk laju. Doyoung tertawa halus. Dia mengusap pipiku dan memandang mataku, lama.

" Saya betul-betul sayangkan awak, Choi Haewon. "

------------------

Aku mundar-mandir diruang tamu bersaksikan Hyunsuk yang sedari tadi memerhatikan aku sambil minum ice americano.

Aku akhirnya melabuhkan punggung diatas sofa. Hyunsuk secara tiba-tiba menepuk tangan.

" Akhirnya adik aku ada tulang jugak nak duduk! " Tawa Hyunsuk. Aku mendengus lantas menjeling.

" Alah, merajuk! Yelah, cakap sekarang. Masalah apa? Abang tolong setelkan. "

" Abang pernah ada awek kan dulu, sekali? "

Favourite Lover // Haruto ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt