BAB 43

2.2K 239 78
                                    

Aku sedang khusyuk melukis diatas kertas lukisan segala yang aku bayangkan pada majlis perkahwinan Yua nanti. Memandangkan Jia perlu balik mengejut semalam, aku yang terpaksa uruskan beberapa perkara.

Tiba-tiba, aku mengelamun. Berkenaan hal semalam. Serta-merta aku menepuk dahiku sendiri.

Aku baru peluk Haruto ke semalam?

After 5 years?

Keluhan berat dilepaskan. Aku kembali fokus pada lukisan. Aku sedang melukis dibawah pokok besar berhadapan dengan pantai. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari, jadi pokok besar ini berjaya menyelamatkan aku daripada terik matahari.

Ketika aku sedang memandang suasana pantai yang tenang, aku terlihat figura itu sedang menapak kearahku. Darah merah mulai menyerbu wajah.

Aku kena pindah. Apabila aku mahu mengemas alat tulisku, tanganku tersiku bekasnya sekaligus menyebabkan semua set lukisan aku terabur.

" Aishhh! " marahku. Tanganku pantas mengutip sebelum satu lagi tangan bantu mengutip.

" Tak payah pindah. Duduk je sini. Aku takkan kacau. " Larangnya. Aku menelan liur dan melihat lukisanku semula. Dah nak siap. Jadi, bolehlah aku stay kejap.

Haruto mengambil tempat disebelahku. Sangat rapat.

Namun, matanya hanya memandang pantai. Penuh khayal. Sehingga aku pula rasa terganggu.

" Ada apa kat pantai? " Soalku, tanpa memandangnya. Tangan masih lincah melakar.

" Kenangan kita 5 tahun lepas. "

Aku meneguk liur. Luahan ini lagi.

" Kenangan tu biarlah jadi kenangan. At least, ada juga perkara yang pernah membahagiakan. " Balasku. Dan aku nampak Haruto tersenyum tipis.

" Sebab aku tahu aku takkan boleh cipta kenangan indah lagi. "

Lakaranku terhenti.

Ayat dia...

Kenapa begitu menusuk hati?

" Kenapa kau datang sini? Kau bukannya ada kena mengena dengan planner wedding Yua. "

" Yua cousin aku, and aku dah jaga dia sejak aku pindah Jepun. Dia tu innocent, so aku risau. "

Oh patutlah.

Dia risaukan buah hati.

Aku mendiamkan diri. Masih melukis. Malas mahu bercakap apa-apa lagi.

" Kau dengan Doyoung ke sekarang? "

" Dia tak sukakan aku pun. " Balasku, dingin. Haruto tertawa kecil.

" Dia memang tak sukakan kau. Tapi dia cintakan kau. " Tutur kata Haruto begitu sayu. Seperti dia tersakiti.

" Aku dah tak percayakan lelaki lagi. "

" Sebab aku? "

Dan aku diam. Memang kerana dia, aku tak percayakan lelaki.

Kerana Haruto.

" Kau tak cakap apa-apa pun? "

" Berkenaan apa? "

" Tatoo aku. " Aku mengerling tatu di lengannya. Tatu samurai. Daripada dalam kereta semalam aku dah perasan, tapi aku tak nak ambil kisah.

Aku tahu tu tatu apa.

Tatu yakuza Watanabe.

" Aku tahu tu tatu family kau. Jadi, aku nak ulas apa? Aku pun tahu atuk kau bunuh ayah aku, dan aku tak boleh ulas apa-apa. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now