BAB 29

2.1K 248 19
                                    

" Kau nak bawa aku pergi mana ni? " Soal Haruto. Aku hanya menjeling. Nak bawa jalan ni, tak payahlah banyak tanya.

" Ikut je. "

" Okay. " Dia menunduk. Sesaat, terasa lain dihatiku. Haruto nampak pendiam. Mana dia yang bising dan suka bergurau macam dulu?

Dalam menunggu di perhentian bas, Haruto mengeluarkan telefonnya dan earphones miliknya. Lagu dipasang dan dia mendiamkan diri mendengar lagu.

Aku menelan liur. Aku kena cari cara nak tegur dia balik.

" Lagu apa? " Lantas earphones sebelahnya aku cabut dan kupasangkan ditelingaku.

" Loser, BigBang. "

It's hard even to breathe
I hold out my hand, but no one holds it I'm a

Loser, a coward pretending to be a loner
You are a useless delinquent in the mirror
Just a loser, I'm a loner, a wounded jerk
I'm a dirty trash in the mirror

Aku mencabut earphones ditelingaku dan tangan sebelahku lincah mencabut earphones ditelinga Haruto.

" You're not a loser. " kataku, perlahan. Namun, Haruto hanya tersenyum sinis.

" Aku ni sama level je dengan sampah. Apa beza? Kedua-duanya tak berguna. "

" Siapa kata kau sampah? Ramai sayang kau. Ramai hargai kewujudan kau. Sampah pula, tak ada siapa kisah. Nampak tak beza? " Kataku dengan senyuman. Mataku bertentang dengan matanya. Namun, cepat-cepat dia melarikan.

" Siapa sayang aku? Siapa? Semua dah tinggalkan aku. Mama, papa, Doyoung, Jeongwoo, dan... " Dia memandang mataku. " Kau. "

Aku tersentak.

Aku tinggalkan dia? Aku cuma sakit hati dengan perbuatan dia je. Tak pernah terfikir untuk tinggalkan dia. Tapi, dia fikir begitukah?

Aku mengelus bahunya.

" Semua ada dengan kau. Samada dalam diam ataupun terangan. Doyoung sebenarnya tengah cari kau tau sekarang. Papa pun dah start ris-- "

" Stop menipu untuk sedapkan hati aku, Haewon. Aku tak perlukan semua tu. Aku memang loser. "

Aku terdiam dan mengeluh. Kemudian, bas tiba dan kami segera masuk kedalam bas. Haruto masih dengan earphonesnya.

Sebaik sahaja tiba ditempat yang aku mahu pergi, aku segera menarik tangannya untuk turun. Dia terpinga-pinga, namun diikutkan juga langkahku.

" Kita kat mana? "

" Tadaaa! Comic cafe! Kau suka komik kan? " Sengihku. Dapat kulihat wajah Haruto sedikit tersenyum.

Akhirnya.

" Jom masuk! " Kataku lantas tangannya aku tarik kedalam cafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Jom masuk! " Kataku lantas tangannya aku tarik kedalam cafe. Usai membayar pendaftaran, aku menarik tangannya ke bahagian rak komik.

" Kau amiklah mana-mana komik yang kau suka. Ambilkan sekali komik aku eh? Aku nak beli kopi. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now