BAB 23

2.2K 245 125
                                    

Malam.

Malam tunjuk bakat.

Sesiapa sahaja boleh menyanyi ataupun melakukan persembahan. Malam terakhir kami disini, cikgu bebaskan kami melakukan apa sahaja.

Kami ditinggalkan sementara cikgu keluar makan diluar.

Sebaik sahaja setup pentas sedia, semua mulai bersorak. Kami semua berkumpul didepan pentas sambil menunggu tindakan seterusnya.

Muncullah Dongpyo, si MC majlis. Dia bersorak riang dan mengacarakan dengan baik. Kemudian, tibalah pada waktu persembahan.

" Siapa nak buat persembahan? " Soalnya. Semua diam sebelum seseorang mengangkat tangan.

Jeongwoo.

" Yup Jeongwoo? Kau nak nyanyi ke? "

" Haah. " Jeongwoo pantas naik keatas pentas. Dia mencapai mic dan tersenyum memandang penonton.

Atau lagi tepat memandang Jia.

" Weh aku rasa dia nak confess la! " Geletisku. Jia membesarkan mata.

" Seriuslah? Mana kau tahu?! "

" Dia tengah pandang kau tu, Jia! Dia nak confess! " Aku menepuk bahu Jia dengan gembira.

Jia tampak keliru sebelum dia juga turut tersenyum. Kami tersengih dan kembali memandang Jeongwoo yang sedang bersedia untuk menyanyi.

" Lagu ni aku tujukan untuk seseorang. Yang special sangat kat hati aku. "

" Wooooooo!!!! " Semua menjerit. Mereka bertepuk tangan. Aku memegang tangan Jia dengan kuat.

Sahabat aku bakal bahagia!

In the midst of the crowds
In the shapes in the clouds
I don't see nobody but you
In my rose-tinted dreams
Wrinkled silk on my sheets
I don't see nobody but you

Girl, you got me hooked on to something
Who could say that they saw us coming?
Tell me
Do you feel the love?
Spend the summer of a lifetime with me
Let me take you to the place of your dreams
Tell me
Do you feel the love?

Jeongwoo berhenti menyanyi. Dia turun dan menghampiri penonton.

Perlahan dan perlahan.

Menghampiri kami.

Menghampiri Jia.

Jia sudah memejamkan mata. Dia menanti tindakan seterusnya oleh Jeongwoo. Aku tersenyum lebar sehingga ke telinga.

Namun senyumanku mati.

Jeongwoo sedang mencapai tangan seseorang.

Bukan Jia.

Tapi orang dibelakang Jia.

" I love you, Bae Na Young. "

-----------

Aku masih termangu dalam kebisingan majlis malam ini. Selepas sahaja Jeongwoo menarik tangan Na Young dan memeluk gadis itu, Jia terus lari meninggalkan majlis. Aku ingin mengejar namun pengumuman mengejut Doyoung membuatkan aku tidak dapat melarikan diri.

Aku risaukan keadaan Jia.

Dia pergi dalam keadaan menangis.

" Sebab kan Jeongwoo pun dah confess, aku pun nak buat benda yang sama. " Kata Doyoung. Semua mata tertumpu padanya dengan teruja. Namun tidak bagi aku.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now