BAB 44

2.4K 225 65
                                    

Mata Haruto terbuka. Dia melihat sekeliling dengan mata yang sepet. Jam diatas meja kecil dilihat. Dah pukul 9 pagi. Kemudian, ruangan disebelahnya diperhatikan sebelum senyuman manis menghiasi mulut.

Kejadian semalam membuatkan dia menghela nafas lega.

" Kau nak tidur sofa lagi eh? " Tegur Haewon apabila melihat Haruto sedang membentangkan selimut diatas sofa. Haruto mengangkat sebelah keningnya.

" Kau nak suruh aku tidur lantai pulak eh? "

Haewon menunduk. Dia berdehem dan serba tidak kena. Kejap pandang kiri, kejap pandang kanan, kejap pandang atas.

" Kenapa Haewon? Kau ada benda nak tanya lagi ke? "

" Err.. kau... Tidur sini boleh? " Ruangan kosong diatas katil disebelah Haewon ditunjuk. Haruto tersengih.

" Tidur sebelah kau? "

" Jangan salah anggap! Aku bukannya pervert, tapi-- "

" Okay, faham. Kau takut kan? " Haruto mengangguk laju. Dia mengangkat bantal dan selimut lalu katil dihampiri. Bantal diletakkan disebelah Haewon. Jarak yang sangat besar terlihat.

Haruto memandang gadis disebelahnya. Sedang berbaring sambil membelakangkannya.

Haruto faham. Mungkin gadis ini masih marahkannya. Lelaki itu merebahkan badan dan menyandarkan kepalanya dikayu katil.

Dia banyak merenung dan termenung. Keluhan demi keluhan banyak dilepaskan. Sehinggalah, dia berpusing untuk tidur, terkejut dibuatnya apabila Haewon sedang berbaring mengiring menghadap dirinya. Mata gadis itu utuh memandang Haruto.

" Kenapa banyak mengeluh? " Soalnya. Haruto tertawa.

" Berapa lama dah kau perhatikan aku? "

" Sejak kau mengeluh dan termenung. " Haruto meraup mukanya. Dia menggeleng.

" Nothing. Kau tidurlah. Esok nak checkout dah. "

" Esok aku takkan jumpa kau dah. " Serta-merta senyuman manis menghiasi bibir Haruto. Wajah Haewon yang nampak comel itu dipandang penuh sayang.

" Siapa kata? Aku kan cousin Yua. Nanti kau jumpa aku lagi kat wedding dia. "

" Kita akan berjumpa sebagai strangers. "

" As long as you met me right? " Haruto cuba memujuk. Dia menepuk kepala Haewon dengan lembut.

" Kau pergi mana 5 tahun ni? Kenapa tinggalkan aku dan balik tanpa penjelasan? " Soalan itu menyentakkan Haruto. Dia berdehem.

" Kau masih marahkan aku? "

" Marah. Sangat marah. Aku cuma nak dengar penjelasan kau je. "

" Suatu hari nanti, kau tahulah kenapa. Aku tak boleh beritahu sekarang. "

" Kenapa? "

" Sebab aku nak Doyoung hyung bahagia. " Kerutan pula bertapak didahi Haewon. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Haruto sudah memotong.

" Dah tidur! Esok nak bangun awal tau! Kau tidurlah, aku nak dengar lagu. " Balas Haruto. Dia menepuk bantalnya dan merebahkan kepala diatasnya. Dia mengerling sisinya dan sengihan mulai menghiasi wajahnya kembali.

" Kenapa tengok aku macam tu, Haewon? "

Haewon masih mendiamkan diri. Matanya memandang wajah Haruto dengan lembut.

Seperti dia akan kehilangan lelaki ini.

Haruto berpusing dan baring mengiring menghadap Haewon. Mata mereka bertentang.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now