BAB 17

2.1K 224 13
                                    

" Okay baik. Kami setuju. Nanti awak inform semua budak batch awak ya? " Senyum pengetua. Aku mengangguk setuju. Namun, melihat daripada riak wajah Yedam, dia nampak tak setuju.

" Kami minta diri dulu ya? " Aku menunduk dan bersama dengan Yedam kami keluar.

Aku masih bencikan lelaki ini.

Dia dah jatuhkan maruah aku.

Pijak maruah aku.

Dan orang tak hormat aku lagi sebagai naib presiden.

Jadi, harini aku buat keputusan tanpa berbincang dengan dia.

Aku cadangkan batch aku buat camping diluar selama 2 hari 1 malam. Dan pengetua terus bersetuju. Tanpa bantah.

Yedam nampak terkejut. Tiba-tiba sahaja dia dipanggil ke bilik pengetua. Namun, apa aku kisah. Aku juga ada hak untuk buat keputusan.

Aku naib presiden.

" Haewon, stop jap! " Dia memanggil namun tak ku endahkan. Dia mengejar sehinggalah lenganku ditarik.

" Eh kejaplah! " Katanya. Aku menggulingkan mata keatas dan wajahnya aku pandang.

" Apa kau nak? "

" Kenapa buat keputusan tak bincang dulu dengan aku? "

" Perlu ke? "

Yedam nampak tergamam. Dia memegang belakang tengkuk dan berdehem.

" Ermm.. okay. Idea kau bagus juga. Mesti ramai suka. Hujung minggu ni eh perginya? "

Soalan bodoh. Dah terang-terang pengetua cakap tadi. Boleh tanya aku lagi? Dengan laju aku terus menapak pergi.

" Eh jap Haewon! " Yedam mengejarku lagi dan menahan tangannya dihadapanku.

" Kau nak apa lagi? "

Yedam membongkok lantas mencangkung. Tangannya mencapai sesuatu.

Tali kasut aku.

Dan dia ikat.

" Tali kasut kau terbuka. Nanti jatuh, malu lagi. " Pesannya. Aku menjeling dan menunggu tali kasutku habis diikat oleh Yedam.

Sebaik sahaja selesai, aku terus menapak pergi. Tidak menghiraukan langsung dirinya yang masih tunduk dikakiku.

Aku kisah apa.

Langkahku diatur ke loker milikku. Ada buku yang perlu diambil untuk subjek seterusnya. Baru sahaja tanganku membuka loker, aku terus tergamam.

Bau busuk menusuk hidungku.

Bau telur busuk.

Loker aku. Dipenuhi telur busuk yang pecah, minyak masak dan tepung.

Buku aku.

Dikotori juga.

Barangan aku yang lain.

Busuk dengan telur.

" Sabar Haewon.. sabar.. " aku menarik nafas.

Hembus.

Tarik nafas.

Hemb--

" Sini aku tolong kau bersihkan. "

Aku berpaling. Haish, mataku digulingkan keatas.

Yedam.

" Tak payahlah. " Larangku. Tisu ditangannya aku rampas dan tubuhnya aku tolak.

" Aku nak tolong. "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now