BAB 30

2.2K 253 90
                                    

Balik sahaja daripada Book Cafe, kami menaiki bas dan pulang kerumah. Sebaik sahaja melangkah kedalam rumah, keadaan sangat sunyi.

" Oppa! " Jeritku.

Senyap. Keningku berkerut. Aik? Mana Hyunsuk? Aku menapak ke dapur sebelum aku terperasankan sticky note di peti sejuk.

Abang sleepover rumah kawan malam ni. Kamu dengan Ruto masak la eh malam ni utk dinner. Esok abg bawa sarapan.

Aku tergamam. Hyunsuk tak ada malam ni? Jadi hanya aku dan Haruto sahaja?

" Hyunsuk hyung cakap apa? " Soal Haruto. Aku mengemam bibir.

" Ermm dia sleep over rumah kawan dia malam ni. Jadi, dia suruh aku masak untuk dinner. " Kataku sambil tangan berpintal ditangan.

Takut nak cakap. Nanti dia gelakkan aku pula.

" Lah kenapa tunduk bagai ni? "

" Aku... Aku tak pandai masak. " Kataku, perlahan. Kepalaku masih ditundukkan. Kemudian, aku terasa satu tangan mengusap kepalaku.

" Aku pandai. Kau pergilah mandi. Lepas mandi, kita masak sama-sama. " Dia tersenyum dan terus menapak ketingkat atas.

Aku kaku.

Dia senyum lagi! Haih, hati! Kau kena makan pil anti berdebar lepas ni.

Aku terus mengikuti langkahnya ketingkat atas dan menapak kebilikku.

Usai mandi dan menukar baju, aku turun semula ke tingkat bawah. Dapat aku lihat Haruto sudah didapur dengan baju pijamanya.

" Jom masak! " Ajaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Jom masak! " Ajaknya. Aku teragak menghampirinya. Peti sejuk aku buka dan perhati setiap satu. Kalau banyak bahan pun, bukannya aku reti memasak.

" Aku jumpa ramen. Nak ramen tak? " Sengihnya. Aku mengangguk laju. Boleh juga ramen untuk dinner.

" Dalam peti ais ada apa? " Soalnya. Aku tergamam.

" Ermm daging pork dengan sayur. "

" Sayur apa je yang ada? "

Sekali lagi aku kaku. Yang aku tahu namanya sayur. Tak tahu pulak kalau ada nama lain.

Haruto yang memerhatikanku tergelak kecil. Dia mengusap kepalaku dan menuju ke peti sejuk.

" Sayur bayam dengan kangkung jelah. Tapi pork meat ni ada. Boleh masak sekali dengan ramen. "

Aku angguk laju. Boleh juga mesti sedap!

Haruto lincah mengeluarkan paket ramen dan lantas membukanya. Api dihidupkan dan periuk dipenuhi air diletakkan diatas dapur api.

Dia memasukkan dua ramen kedalamnya dan sementara menunggu ramen kembang, dia membuka plastik daging pork.

" Tolong potongkan sayur kacang panjang boleh? " Arahnya. Aku mengangguk dan terus memegang pisau dan kacang panjang.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now