BAB 2

3.2K 262 122
                                    

Hari ini hari terakhir aku di sekolah tinggi bagi tahun kedua. Habis je cuti semester ni, aku akan naik kembali ke sekolah sebagai seorang senior. Pelajar tahun ketiga.

Dan harini, cikgu nak buat perjumpaan untuk batch tahun kedua.

Untuk apa, aku pun tak tahu.

" Baik, semua pelajar dah ada? " Soal Hwang saem. Dia merupakan guru penyelaras batch kami. Cikgu yang agak kelakar, tetapi sangat tegas masa mengajar.

Mungkin sebab dia cikgu addmath.

" Sudah, cikgu! " Jawab Heeseung, selaku ketua batch kami. Dia bangun dan mengangkat tangan.

" Okay bagus! Cikgu nak straight forward je sekarang ni. Tak nak berdalih lagi. Sekarang ni, cikgu nak confess. "

Membulat mata semua orang. Lah, cikgu ada sukakan salah seorang daripada kami ke?

Sampai nak confess ni?

" Aish, bukan camtu! " Memahami apa maksud kami, Hwang saem menggeleng. Dia tertawa kecil.

" Cikgu nak confess pesanan daripada pihak pentadbiran ni. Memandangkan tahun depan kamu semua akan jadi senior, kami semua sepakat nak buat pemilihan presiden dan naib presiden sekolah yang baru. " Serentak suasana dewan mulai hingar-bingar. Semua mulai kalut.

Ada yang teruja.

Ada juga yang malas nak ambil tahu.

" Kami yang pilih ke, cikgu? " Soal seorang.

" Yup! Melalui pemilihan di media sosial. Calon ada 4. Pihak pentadbiran yang pilih. Tetapi, penentuannya ditangan kamu. Hanya batch kamu. "

Ada yang mengeluh kerana calon sudah dipilih.

Sudah semestinya.

Nanti ada yang pedajal undi kawan sampai jadi presiden, kang susah. Siapa nak tanggung?

" Dan pihak sekolah juga sudah buat pemilihan ketua dan penolong ketua rumah. Ini tiada undian daripada kamu. Memang sekolah yang pilih. "

Serentak dewan kembali hingar-bingar. Semuanya saling berbisik calon ditelinga member masing-masing.

Aku hanya duduk diam mendengar ayat cikgu yang seterusnya disamping Jia.

Sejujurnya, aku tak begitu kisah akan jawatan ini. Abang aku dulu bekas pelajar sekolah ini dan menyandang jawatan presiden. Aku nampak sendiri betapa letihnya memegang jawatan tu.

Sebab tu aku tak kisah.

" Baik, cikgu akan buat panggil ketua dan penolong ketua rumah kamu yang baru. Dimulakan dengan rumah biru. " Fokus semua tertumpu pada Hwang saem.

Satu persatu nama disebut. Ada yang terkejut, dan ada yang sudah dapat diagak.

Kelihatan seperti pihak sekolah meletakkan pelajar yang hebat sukan dan akademik sebagai ketua dan penolong ketua rumah.

Sehinggalah, giliran rumah aku. Rumah merah.

" Ketua rumah merah, cikgu persilakan. Kim Doyoung. " Serentak seorang lelaki bangun dan menunduk hormat. Wajahnya dimaniskan dan memandang kami semua.

" Saya akan berusaha memimpin rumah merah kearah kejayaan. Memenangi pingat yang ditawarkan dalam setiap kategori, dan menjadi rumah mithali akademik. " Katanya.

Aura dia.

Aura pemimpin.

Seketika mata kami bertembung. Dia tersenyum manis padaku. Segera aku melarikan pandangan.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now