BAB 10

2.3K 239 31
                                    

Cahaya yang silau menusuk mataku. Dahiku berkerut sebelum dengan perlahan kelopak mataku cuba dibuka. Dan benda pertama yang aku nampak ialah Hyunsuk oppa.

Dia tertidur disofa disebelah katilku.

Kejap, aku kat mana ni? Mataku melilau melihat siling atas sebelum terperasankan jarum IV Drip ditangan kananku.

Oh, hospital.

Hausnya. Badanku cuba menggapai air mineral dimeja sebelah katilku. Bunyi berkeriuk katil menyedarkan Hyunsuk dan dia terus menerpaku.

" Adik? Adik okay? Sakit tak? " Soal Hyunsuk. Aku tersenyum.

" Adik okay je. Berapa lama adik tak sedarkan diri? "

Hyunsuk melihat jam ditangannya. Kemudian, rambutku dielus lembut.

" Semalaman, dik. Semalaman adik tak sedarkan diri. Syukurlah adik tak apa-apa. "

Aku okay? Bukan ke aku yang halang Haruto daripada ditikam? Tapi kenapa aku okay je?

Jadi....

" Abang! Abang! Haruto mana? Lelaki yang selamatkan adik! Mana dia? " Kagetku. Tangan Hyunsuk digoncang kuat.

" Haruto? Tu.. " Hyunsuk memuncung dan aku berpaling. Katil sebelahku.

Ada seorang lelaki sedang terbaring tidak sedarkan diri. Badannya ada beberapa jarum dicucuk dan alat elektronik yang dilekatkan.

" Ha--Haruto masih tak sedarkan diri? " Soalku, sebak. Dan Hyunsuk mengangguk. Dengan perlahan, air mataku mengalir. Tubuh Haruto yang terbaring dipandang sayu.

" Macam mana Haruto boleh kena tikaman? Sebab adik yang... halang tikaman masa tu. "

" Abang tak tahu apa jadi. Tapi masa tu... "

Flashback....

" Bos! Adik bos lari tinggalkan majlis dalam keadaan menangis! " Lapor pengintip Hyunsuk. Sengaja Hyunsuk mengirimkan pengintip untuk memerhatikan Haewon.

Dia takut adiknya tersakiti.

" Kenapa? Apa jadi? " Cemas Hyunsuk ditalian. Dia bangun dan gelisah.

" Eh apehal kau ni? " Soal Jihoon disebelahnya. Baru tadi Hyunsuk mengajaknya minum bersama, tiba-tiba gelibas semacam.

" Adik aku.. lari tinggalkan majlis! Menangis! "

" Hah? Jia mana? Asal dia tak jaga adik kau?! " Dengus Jihoon. Mana Jia? Kenapa adiknya tak menjaga adik Hyunsuk?

" Kau ikut adik aku. Tengok dia pergi mana. " Arah Hyunsuk kepada pengintipnya. Arahan diterima dan langkah Haewon dituruti sehinggalah kelorong gelap.

Apabila Haewon dikacau, pengintip itu mahu memunculkan diri sebelum dia terhenti. Ada lelaki lain yang membantu.

Saat pisau itu mahu menusuk tubuh Haruto, Haewon dengan pantas menolak tubuh Haruto.

" Haewon!! " Jerit Haruto. Dia menolak Haewon sehingga kepala gadis itu terhentak dibatu dan tidak sedarkan diri.

Haruto dan perompak itu bergelut. Bertumbuk dan bergaduh bagi merebut pisau. Pergelutan berlaku sehinggalah pisau itu terbenam.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now