BAB 12

2.2K 274 35
                                    

Mata Haruto masih aku renung tajam. Dengusan dilepaskan. Dan aku terus memalingkan muka. Fokusku pada buku novel sahaja.

" Aik? Tak nak pandang aku lagi dah? "

Aku diamkan diri.

" Huiii, Haewon. "

Diam.

" Terpulanglah kalau nak jadi tunggul. " Dia menjeling dan kembali tidur. Aku menggeleng.

" Kau memang tak ada common sense eh? " Soalku, geram. Haruto membuka kembali matanya.

" Apa benda?! "

" Kau dah layan aku macam sampah masa kat hospital tu, lepas tu kau nak berbaik?! "

" Eh eh! Salah siapa? Kau yang menyemak hidup aku tau! "

" Aku tak menyemak! Aku bertanya! "

" Sama jelah! "

" Nak gaduh keluar kelas. Nanti ada juga yang ada pakwe baru. Maklumlah, laku. " Satu suara memotong. Aku dan Haruto terdiam.

Wajah Jeongwoo aku pandang.

Ayat yang dia tuturkan sangat sinis. Tajam memerliku.

Aku dan Haruto mengambil langkah mendiamkan diri kerana cikgu subjek seterusnya sudah masuk. Kami fokus belajar dan sesekali lengan Haruto aku tolak agar dia kembali fokus pada cikgu.

Dia tersenguk.

Selepas hampir beberapa jam dikelas, akhirnya tiba waktu rehat tengah hari. Aku bingkas bangun dan menapak keluar daripada kelas.

Lokasi yang dituju, tandas.

Belum sempat pintu tandas dibuka, aku menyeringai kesakitan. Segera langkahku terhenti.

Rambut aku sedang ditarik!

" Sakitlah bodoh! " Makiku. Rambutku masih utuh ditarik oleh seseorang. Segera tangan gadis yang menarik rambutku, aku cubit kuat.

" Auch! Sakitlah! " Balasnya. Aku mendengus kuat.

" Kau pahal ah Lucy?! "

" Hey, kau tu yang apahal?! Kenapa kau nak menggatal dengan Yedam?! Apahal?! Perempuan jalang! "

" Ehh jaga mulut! Mentor kau tu yang tipu aku, menggatal dengan aku, malukan aku! " Balasku, kuat. Pandangan mata Lucy aku balas.

" Tak payah nak reka ceritalah! " Serentak lututku disepak kuat. Jatuh terduduk aku dibuatnya. Lucy menarik rambutku masuk kedalam tandas lantas badanku dihempas ke dinding tandas.

Sakitnya, Tuhan je yang tahu.

" Hoi sakitlah! " Jeritku. Lucy dan rakan-rakannya tertawa halus.

" Korang dua jaga line kat luar. Biar aku dengan perempuan ni. " Arah Lucy. Dan dua rakannya keluar daripada tandas, meninggalkan aku berdua dengan Lucy.

Lucy menghampiri tubuhku. Pehaku dipijak dan mukaku dicekak kasar.

" Perempuan macam kau ni....elok mati je! "

Kepalaku dihentak ke singki. Terus berpinar pandanganku. Terasa semuanya berpusing. Rasa sakit mula mencucuk. Serentak terasa cecair panas mulai mengalir didahiku.

Segera ku sentuh cecair itu.

Darah.

" Apa kau dah buat ni hah?! " Balasku. Tubuh Lucy aku terpa. Namun belum sempat aku layangkan penampar, Lucy menolak tubuhku kembali kedinding.

Dan aku terdengar bunyi tulang.

Tulang berlaga.

Aku menyeringai kesakitan. Dahiku berkerut menahan sakit. Aku cuba bangun namun badanku terasa lembik. Seperti tulang belakangku lumpuh.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now