Special Chap: Your Last Breathe

161 4 2
                                    

    Beg plastik di tangan kanannya ditilik sekali sekala. Nak pastik barang yang dia beli cukup. Kaki masih lagi melangkah ke arah kereta yang terletak agak jauh daripada lif parkir bertingkat. Tiba-tiba dia berhenti sebelum menepuk dahi.

"Susu kopi Haikal." ujarnya sendiri. Terus sahaja dia melajukan langkah ke arah keretanya. Nampak sahaja bayang keretanya, dia terus berlari anak. Sambil berlari sambil memaki.

"Kenapalah aku ni gatal sangat nak pakai heels. Kalau tergolek tak ke viral." bebelnya seorang diri.

    Bonet belakang kereta dibuka sebelum segala barang-barang yang dibelinya tadi dicampak masuk. Dicampak ya. Ulang suara, dicampak. Lantaklah telur dengan sayuran tu nak buat parti liar dalam plastik ke apa ke yang penting susu kopi Haikal. Kalau tak ada boleh gila dia nak memujuk lelaki beku bahagian luar hangat bahagian dalam tu.

"Adik manis.." tegur seseorang. Iriz hanya mengabaikan suara tadi. Entah bangla sesat mana panggil dia 'adik' pun tatau lah.

"Adik manis banyak sombong.."

    Iriz mengeluh kecil. Belum sempat dia menoleh ke arah tersebut, satu tangan menarik tubuh Iriz sebelum kepalanya diserkup menggunakan kain hitam.

"Woi! Lepaslah!" jerit Iriz. Dia cuba mengeluarkan segala aksi silat, taekwando, kung fu panda dan Madagascar nya. Tapi, tak berjaya.

    Bukan sorang yang memegangnya. Macam dua orang! Kekuatan? Bukan calang-calang orang ni.

"Masukkan dia dalam kereta!" arah satu suara. Iriz cuak. Dorang nak buat apa ni?! Musuh mana lagi ni?!

"Siapa korang hah?!" marah Iriz. Senyap sebelum kedengaran satu suara mengaduh kesakitan.

"Sakit bodoh kaki aku."

"Huh?" Iriz terpinga.

"Cepat!" terus sahaja tubuh Iriz didukung dan dimasukkan ke dalam sebuah van.

"Lepaslah! Aku jerit ni aku jerit!!" ugut Iriz.

"Jeritlah, adik manis.. Tak ada siapa mahu tolong adik manis.." ujar satu suara.

"Kejap bangla, kejap Melayu." bebel Iriz. Dia cuba menendang kaki lelaki yang bersuara bangla tadi.

"Adik manis cuit ke tendang saya. Takut.." ejek lelaki bangla tadi.

"Dia ni kalau aku rejam guna lembing pun tak dosa ni." ujar Iriz.

"Lain-lain dah sedia?" tanya satu suara.

"Dah."

    Iriz dapat rasakan kereta memecut laju ke sebuah destinasi yang dia sendiri tak tahu. Gemuruh? Sudah semestinya. Takut? Heh, tengok ketinggian lah. Sekali dia bukak bunga silat, sorang pun tak boleh bangun.

***

"Keluar." arah satu suara.

"Tak nak." balas Iriz.

"Keluar."

"Eh, kau siapa nak arah-arah aku?" lawan Iriz sebelum dia terasa seperti dirinya didukung.

"Turunkan aku lah!!" jerit Iriz kuat. Belakang badan lelaki itu dipukul kuat. Namun, lelaki tadi sedikit pun tak mengaduh. Kebal sangat.

"Afieq Daniel!" jerit lelaki yang mendukungnya tadi. Iriz terkejut. AFIEQ?!

"Afieq! Afieq!" jerit Iriz. Sunyi. Hanya kedengaran gema daripada jeritan Iriz tadi.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now