Bab 33

178 11 0
                                    

   (May content some 15+ scene. But not that dangerous. Reading at own risk. Enjoy..)

    Afieq mengeluh perlahan. Bunga yang berada di tangan pegawai beruniform biru gelap di hadapannya ditenung lagi.

"Saya memang tak boleh benarkan pelawat bagi hadiah dekat banduan." ujar pegawai polis itu.

"I told you, dumb!" bisik Izmer di sebelahnya. Dumb kau panggil aku? Jangan sampai aku yang duduk dekat dalam penjara ni sebab bunuh kau. Getus hati Afieq.

"So, apa nama banduan tu?" tanya pegawai polis tadi.

"Nur Umaira." jawab Afieq. Tiada nada. Riak wajah Afieq nampak kosong. Mungkin dia berdebar?

    Sudah hampir empat bulan Afieq tidak berjumpa dengan gadis itu.

"Oh, Umaira. Sekejap ye." pegawai polis itu menaip sesuatu sebelum pintu sel utama di buka.

"Sila duduk. Buat macam rumah sendiri." gurau pegawai polis itu.

"Boleh buat member do!!" bisik Iazmer. Afieq menjeling Izmer tajam.

"Tunggu sekejap. Pegawai saya tengah ambil banduan." ujar pegawai polis itu.

    Peluh sejuk mula merenik di dahi Afieq. Kadar denyutan jantungnya bertambah laju. Adrenalin nya semakin tinggi. Tangannya pula basah dengan peluh. Dia berdebar. Dia rindu. Dia marah. Dia kecewa. Ah, semua perasaan itu bercampur aduk.

Klekk!

    Afieq mengangkat wajahnya. Masa bagaikan terhenti. Wajah itu tidak berubah. Masih cantik dan manis. Tapi, penuh kekosongan dan dendam. Afieq ketap bibir.

"Stay strong, bro." ujar Izmer. Bahu Afieq ditepuk berkali-kali. Tahu rakannya itu resah.

    Ganggang telefon di hadapannya diangkat. Sama seperti figura di belakang cermin lut sinar itu.

"Umaira."

    Sepatah. Hanya sepatah namun tetap membuatkan nafas Umaira tersekat. Urat sarafnya seolah-olah menjadi tegang.

"Seronok tipu aku?"

***

    Dayana mengeluh perlahan. Baju Afieq di tangannya dipandang resah. Mana pula suami dia? Daripada pagi sampai petang tak muncul-muncul.

    Namun, Dayana masih meneruskan aktiviti melipat bajunya yang tergendala tadi.

    Kepala Dayana terangkat tatkala pintu bilik dibuka oleh Afieq. Wajah itu kosong. Penuh kesakitan.

"Awak, nak makan apa? Nak minum? Saya buatkan?" tanya Dayana. Dia mendekati Afieq yang berada di muka pintu.

"Aku stres." ujar Afieq. Wajah Dayana ditenung. Fikirannya merawang.

    Pandangan Afieq mula jatuh ke tubuh Dayana yang hanya memakai sehelai shirt putih yang besar dan seluar pendek atas lutut. Afieq ketap bibir.

"Assalamualaikum."

    Tercengang Dayana. Pipinya membahang sebelum dia membalas salam suaminya.

"Waalaikumussalam."

    Usai sahaja Dayana mengungkapkan kalimah itu. Bibir Afieq jatuh pada dahinya lama.

***

    Dayana bangun dari tidurnya. Afieq yang masih lena di sebelahnya dipandang dengan penuh minat. Matanya jatuh pada hidung mancung lelaki itu. Perlahan-lahan hidung itu dipicit sedikit.

    Dayana merenung jam di dinding. Pukul 9.30 malam. Dayana menepuk dahi. Lena sangat tidur sampai terlepas maghrib. Ya allah. Apa lah dia ni.

    Kakinya dijatuhkan di lantai katil. Sejuk. Pendingin hawa dipandang lama. Patutlah sejuk. 16°C rupanya.

    Tubuh Afieq digoncang perlahan.

"Awak, bangun lepastu mandi. Nanti kita qada' maghrib berjemaah. Leastu solat isya' sekali." ujar Dayana. Afieq menggeliat sebelum bangkit dari baringannya.

    Tangannya melingkar ke pinggang Dayana. Bagaikan satu aliran elektrik bervoltan tinggi yang mengalir ke tubuh Dayana. Tubuh itu kaku. Terkejut dengan sensasi sejuk dari kulit milik Afieq yang menyentuh pinggangnya.

    Bahu Dayana dikucup lembut sebelum dia bangkit dan berlalu ke bilik air.

"Ah, aku kejut dia suruh mandi. Aku pun tak mandi lagi." bebel Dayana. Robe di atas meja lampu diambil dan disarungkan ke tubuhnya. Terus sahaja dia berlalu ke arah bilik air di tingkat bawah.

Tbc...

Okay. So, jangan mrh author. Dia bknnya mature content sgt... Cuma author nk citer author ni pnuh dgn sweet je akhir2 namo lh bgi readers mrh je annn...

Erm erm.. Dorang dh khwin. Dh halal.. Hiks. Yg readers author yg bwh umur 15 uh... Author dh ltk dkt atsss... Ad 15+.. Klau nk bce ats risiko sndiri lh.

But author dh ckp.. Not that dangerous. Tpi.. Jgn pulak kau jdikan scene ni sbg eksperimen aq tmpar kau.

Maaf kn author hiks..

Enjoy reading lh yeee...

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now