Bab 38

202 8 5
                                    

    Dayana mengeluh untuk kali ke seratus lima puluh juta.

"Baby tak nak!" jerit Afieq. Nk dah masuk minggu ke lima Dayana mengandung, tapi haram. Perangai mengada-ngada Afieq bagaikan sebati dengan dirinya.

"Afieq, kalau saya tak pergi... Awak nak makan apa?" tanya Dayana geram.

"Nanti Afieq rindu Dayana." rengek Afieq.

"Pandailah tu. Saya dah call Zaf. Kejap lagi sampai lah tu." kata Dayana.

"Tapi... Kenapa si dungu tu? Nanti kalau dia pukul baby guna penyapu macam mana?"

    Tak sekarang dia fikir si Zafwan tu nenek sihir ke sampai nak pukul dia guna penyapu? Ada yang author rembat pakai penyapu lidi ibu author ni kang.

"Tak ada maknanya dia nak pukul awak! Mengada sangatlah." kata Dayana geram. Kedua-dua belah pipi Afieq dicekup.

"Awak, saya kena kerja. Saya tak pergi jauh  pun. Lagipun, saya kerja dengan Iriz, kan? Takkanlah awak tak percaya adik sendiri?" pancing Dayana. Afieq mencebik. Air mata palsunya dilap.

"Iriz tak boleh dipercayai!" bentak Afieq.

"Sekejap je tau." ujar Dayana. Kedua-dua belah pipi insan yang bernama Afieq Daniel dikucup lama.

    Terus niqab nya dipasang. Wajah sungul Afieq dipandang. Risau pulak.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam. Huh!"

    Terus sahaja Afieq menyembamkan muka pada bantal kecil yang berada di ribanya. Bibirnya tercebik tatkala telinganya sudah tidak mendengar lagi deruman enjin kereta Dayana.

"She left me. Alone. Afieq is forever loner." ujarnya seorang diri. Alat kawalan jauh televisyen dicapai.

"Hari ni, saya akan masak beberapa menu yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Ha, yang bakal jadi bapak tu, bolehlah catat resepi ni ya. Resepi pertama ialah..."

"Afieq nak masak untuk Dayana lah!" ujarnya girang. Terus sahaja telefonnya diambil.

    Matanya masih fokus pada kaca televisyen manakala tangannya ligat menyalin kesemua resepi.

***

    Zafwan mengeluh. Ni dah kali kesepuluh dia tekan loceng rumah. Tapi, haram. Manusia tu tak muncul pun.

"Panas gila Malaysia! Hah, mana pulak Afieq ni!!" bebel Zafwan geram. Ikutkan hati nak je dia panjat pagar. Tapi, disebabkan kawasan perumahan Afieq ni ketat gila kawalannya, dia batalkan sahaja niat terkutuk dia tu.

"Ada yang aku bom kejap lagi." bebel Zafwan lagi.

"Afieq Daniel!" jerit Zafwan. Lantaklah jiran nak rembat dia pakai penyapu ke, senduk ke, kuali ke... Dia dah tak kesah!

"Aku ni dahlah hampir melebur dekat sini!"

"Lalalala... Laaaa laaa.. Eh?"

"Apa kau dok eh-eh?" tanya Zafwan geram. Afieq yang sedang memegang plastik sampah tadi menggulingkan biji matanya ke atas.

"Dah tau datang, tak nak tekan loceng."

"Woi, aku dah berjuta kali tekan loceng. Tangan ni ha rasa cramp tau tak?! Nak je aku pijak kau sekarang ni." ujar Zafwan geram. Afieq mencebik.

    Salah kan dia pulak. Tahu tak Afieq tengah gigih memasak?

"Masuk lah. Halamak.."

    Tanpa menunggu Afieq yang sedang membuang sampah, pantas sahaja Zafwan masuk ke dalam rumah. Sempat lagi suhu pendingin hawa dinaikkan.

"Tolonglah sedar. Ni rumah aku. Bukan kau." sindir Afieq. Zafwan hanya berdecit.

"Aku dah macam ayam bakar tau tak kat luar?!"  kata Zafwan geram. Afieq mengangkat malas bahunya.

"Tak payah beria nak jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri." ujar Afieq. Tangannya lincah memotong bawang.

    Apa? Kau fikir Afieq akan gagal selamanya? Berkat rancangan TV Chef Wan lah dia dah pandai potong bawang. Heh. Tak sia-sia dia habiskan masa morning sickness ni dengan tengok rancangan masakan Chef Wan ni.

"Aku dah agak. Mengada je kau ni. Kalau aku jadi Dayana, memang aku lempang muka kau pakai papan pemotong tu." ujar Zafwan. Afieq hanya buat tidak layan.

"Masak konon." kutuk Zafwan. Afieq membaling sebiji limau nipis tepat mendarat di dahi Zafwan.

"Duduklah sana diam-diam. Jangan buat macam rumah sendiri. Tu, kalau rasa tak ada kerja, pergi tolong aku cuci tandas. Kotor tandas tu. Asyik guna peluntur je. Aku ada beli Harpic. Pakai benda tu je ha. Kotoran pun hilang. Bau pun sedap." arah Afieq. Tangannya masih ligat memotong bawang.

"Kau iklan pencuci tandas ke bongok?"

"Maybe. Dah pergi buat kerja sana, maid." kutut Afieq. Zafwan mendengus geram. Apron dan berus diambil.

"KAU TAK FLUSH KE SIAL?!" jerit Zafwan dari dalam tandas.

"Tak sempat!" jerit Afieq kembali.

"Loya!" jerit Zafwan lagi.

"Cuci bersih-bersih!!" jerit Afieq pula. Zafwan mendengus. Nasib kau Afieq Daniel. Kalau tak, memang pengsan kau aku hentak kepala kau dekat dinding nanti. Getus hati Zafwan.

Tbc...

Rip arwah Zafwan. Dah mati tadi sbb trnmpk khazanah Afieq. Sedekahkn alfatihah ye.

Semoga dia tenang...

Arwah dulu... Dungu orangnya....

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now