Bab 17

198 11 8
                                    

    Afieq memandang Zaf dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

"Kau cakap nak ajak tengok movie horror pebenda lah. Ni apa?" Tanya Afieq. Matanya tajam memandang ke arah Zaf yang sedang fokus menonton Despicable Me 3.

"Maaflah. Movie horror tak jumpa," jawab Zaf selamba. Afieq mengganggam penumbuk. Jangan ada yang arwah malam ni sudah.

"Lain kali call. Aku boleh bawak!" Kata Afieq geram. Air tin berjenama Sprite dicapai. Air itu diteguk rakus.

"Kau jauh."

"Woi! Call boleh, kan?!" Kata Afieq geram. Bibirnya diketap. Jangan sampai meninggal budak sebelah dia ni.

"Shh, aku nak tengok ni. Diam," ujar Zaf. Mulutnyq sibuk mengunyah popcorn.

"Kau memang nak kena," kata Afieq geram. Telefonnya dicapai. Sekali-sekala bibirnya mengukir senyuman.

    Perlu tak aku post gambar dia kat Insta? Getus Afieq. Wajah Dayana yang sedang fokus membaca di cafe dilihat berkali-kali.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

    Afieq memandang geram ke arah Zaf. Nak mati agaknya. Biar mati tersedak sana.

"Hulurlah air, gila!" Marah Zaf. Afieq buat tidak tahu. Baik dia layan Insta ke apa.

"Kau... Memang.. Tak.. Guna!" Ujar Zaf geram. Sebuah bantal berbentuk epal dicampak ke arah Afieq. Dengan selamba Afieq mengelak.

"Kau pun tahu aku ni Afieq Daniel." Kata Afieq. Dia tersengih sinis.

Pak!

"Mati sana!" Kata Zaf geram. Dia bangun dan meninggalkan Afieq yang sedang menahan kesakitan di kepala akibat dibaling buku berkaitan perakaunan yang setebal kamus dewan bahasa.

"Siap kau!" Kata Afieq geram. Kepalanya diusap. Sakit tu, susah nak gambarkan. Ssup! Rasa dia.

***

    Afieq menggumam perlahan tatkala Zaf memanggil namanya berkali-kaki.

"Alahai, kena hempuk sikit nak merajuk." Perli Zaf. Afieq menjeling. Tangannya masih bermain dengan fail-fail yang berada di atas meja kerja milik Zaf.

    Zaf mengeluh perlahan sebelum menghentak meja.

"Kau memang dah tak ada kerja ke sampai nak ikut aku pergi kerja?" Tanya Zaf geram. Bukan setakat fail, Afieq dah selongkar laptop dia untuk cari gambar-gambar perempuan yang mungkin crush Zaf, tapi hampa sebab tak ada.

"Afieq Daniel." Tegur Zaf tatkala Afieq bermain dengan glob bumi yang diperbuat dari kaca.

"Apa, Adrian Zafwan?" Balas Afieq balik. Dia menayangkan muka malas.

"Kau memang tak nak balik ke?" Tanya Zafwan. Afieq menggeleng.

"Umaira tak ada. Dia cuti," ujarnya lagi. Tangan sibuk mengacau kertas kerja milik Zaf yang sedang berselerak di atas meja.

"Gedik," gumam Zafwan. Afieq menjeling.

Tokk.. Tokk.

"Woi!" Afieq mengabaikan Zafwan dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Serabai aku dibuatnya!" Kata Zafwan geram. Tali lehernya dibetulkan.

"Masuk," ujar Zaf. Suaranya bertukar tegas dan dingin. Marilah kawan-kawan, kita lihat sisi charming Zaf.

"Er, Encik Adrian. Saya nak tanya kalau-kalau Encik Adrian free petang ni?" Tanya pembantu Zafwan. Suaranya bergetar. Takut mungkin melihat reaksi Zafwan dan Afieq.

"Kenapa? Kau nak ajak keluar ke, dear?" Tanya Zafwan sini. Terkejut si pembantu. Mahu sahaja Ipad di tangannya jatuh terhempas.

"Tak. Tak. Tuan Besar suruh ambil alih mesyuarat nanti," ujar pembantu Zafwan. Merah mukanya.

"Ok. Thanks. Tapi, lain kali kau dilarang panggil aku 'Encik Adrian'. You should call me 'Sir Rian'. Thank you." Kata Zafwan dingin. Pembantu tersebut mengangguk sebelum berlalu keluar dari situ.

"Wow. Maju dah kawan aku." Sindir Afieq. Zafwan menjeling. Nak jer dia penyekkan Afieq.

"Dah lah kau!" Kaki Afieq yang berada di bawah meja ditendang kuat.

"Eh, Zaf. Hujung minggu ni memanah jom. Aku dah lama tak pergi." Kata Afieq. Zafwan menjungkit kening.

"Memanah? Bukan menembak?" Tanya Zafwan.

"Itu Iriz." Jeling Afieq.

"Oh, sebab tu kan kau sibuk nak join kelas menembak budak bawah, kan?" Tanya Zafwan nakal.

"Diam, bebal!" Terus sahaja sebatang pen dibaling ke arah Zaf. Headshot!

"Ah, lagi satu. Aku nak mintak tolong." Kata Afieq. Wajahnya bertukar serius.

"Untuk?" Tanya Zafwan pelik.

"Menyamar. Aku perlukan kau dalam kes berat ni," ujar Afieq. Dia memandang ke arah tingkap di sebelahnya.

"Aku sorang?" Tanya Zafwan.

"Kau ajaklah sesiapa yang boleh." Kata Afieq. Dia tersenyum kelat.

"Aku blah dulu." Kata Afieq. Zafwan mengangguk sebelum Afieq berlalu keluar dari situ.

"Afieq, kau dah lain. Takkan sebab seorang perempuan?" Ujar Zafwan seorang diri. Dia tersenyum hambar.

Tbc...

Ala. Idea yilang.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now