Bab 22

160 11 10
                                    

    Afieq memandang kosong fail di hadapannya.

"Umaira." Tiba-tiba sahaja mulutnya menyebut nama gadis itu.

    Afieq mencapai telefonnya sebelum aplikasi galeri dibuka. Dia tersengih melihat wajah Umaira yang leka memandikan Cotton.

"Beautiful." Itu sahaja yang Afieq mampu katakan. Dia memejamkan matanya. Badan disandar pada kerusinya. Dia tersenyum sendirian.

Pakk!

"Salam kau mana?" Tanya Afieq geram.

"Assalamualaikum! Huh!" Dengus Izmer. Dia memuncung.

"Waalaikumussalam. Kau kenapa, bro?" Tanya Afieq. Dia menopang dagu memandang Izmer.

"Aww, sayang. Kau nak gay dengan aku ke?" Tanya Izmer. Dia turut menopang dagu. Afieq tayang muka pokerface.

"Aku tanya tak jawab tau hanat ni." Kata Afieq geram. Izmer berdehem.

"Zaf dengan Zack pergi lunch tak ajak aku!"

    Tu dia. Melopong Afieq dibuatnya. Apahal manusia depan aku ni gedik sungguh? Getus hati Afieq.

"Lepastu, kau nak apa datang sini?" Tanya Afieq. Malas hendak melayan Izmer, dia bangun dan duduk di atas sofa.

"Jom lunch, sayang."

"Nak mati? Kalau nak mati cakap. Kan senang aku bunuh." Kata Afieq. Izmer mencebik.

"Kau mengunyit dengan Zafwan boleh pulak! Aku? Woi! Janganlah pandang aku macam aku dah tak suci! Aku straight!" Ujar Izmer gelabah tatkala Afieq tayang muka pelik bila pandang Izmer.

"Yelah. Aku belanja. Kau nak makan apa?" Tanya Afieq. Kot doktor ditanggalkan. Lengan kemeja berwarna hitam dilipat sehingga ke siku. Rambut messy nya dibetulkan sedikit sebelum mencapai spect hitam jenama Ray Ban.

"Aw. Nak fangirl. Seksinya, awak."

"Izmer. Kau jangan macam-macam." Ujar Afieq. Dia pandang tajam ke arah Izmer.

"Okay, jom makan!" Jerit Izmer. Lengan Afieq dirangkul erat sebelum mereka berjalan keluar dan diperhatikan oleh semua orang.

***

"Afieq. Tu bukan gelang..."

"Kau duduk sini!" Terus sahaja Afieq berjalan ke arah seorang jejaka yang sedang menikmati latte miliknya.

"Afieq Daniel."

   Afieq tersentak. Belum sempat dia menegur lelaki tadi, lelaki tersebut menyebut namanya. Lelaki tadi menoleh. Betul tekaan Izmer! Lelaki ni salah seorang musuh mereka hari tu!

"Mana bos kau?" Tanya Afieq. Dia menggenggam penumbuk.

"Kenapa kau tanya? Rindu dia? Kan hari-hari kau jumpa dia," ujar jejaka itu tenang. Dia tergelak sinis tatkala wajah Afieq diserbu rasa bingung.

"Pelik? Hey, Mr. Afieq. Kau terlalu pandai untuk tak faham maksud aku." Kata lelaki tadi. Dia bangun dan berdiri di hadapan Afieq. Gelang perak di tangannya ditayang.

"AlexQ. Kau tak kenal ke? Ah, mustahil untuk orang RSA macam kau tak kenal kami, Dark."

    Afieq terdiam. Macam mana lelaki di hadapannya tahu dia adalah Dark.

"Level 10. Back up and defense. Blackrose. Tapi, sayang. Bodoh," sindir lelaki tadi. Dia menepuk-nepuk bahu Afieq.

"Fikirlah sendiri, Dark." Terus sahaja lelaki itu berlalu pergi. Dia tersenyum kemenangan.

"Afieq, bukan ke dia tu..."

"Xander." Tutur Afieq. Nama tadi buatkan dia tersedar. Lelaki tadi adalah salah seorang keluarga Xander.

    AlexQ. Dianggotai oleh 18 orang ahli yang dipanggil Xander. Apa kaitan mereka dengan Afieq dan RSA? Takhta. Apa yang Afieq tahu, sebahagian daripada mereka pernah berada di bawah naungan RSA. Apa yang Afieq tahu lagi, lelaki tadi Xander yang dia pernah kenal. Cuma, dia lupa.

"Perwatakan dan gaya dia bercakap macam, Hael." Kata Izmer. Afieq tersentak. Hael?

"Mustahil. Hael dah mati. Aku yang nam---"

"Kita kehilangan mayat dia. Kau lupa? Kejadian tu waktu ada orang khianat RSA. Mangsa dia Hael. Tapi, waktu kejadian tu kita hilang Hael. Lepastu, orang atasan kata dia dah mati." Terang Izmer satu persatu.

Tbc...

Akhirnya.. Aq settle jgk chp ni......

Huwaaa... Done double+1 update... Ngenzhsjakak

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now