Bab 21

159 7 13
                                    

     Afieq melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Langkahnya terhenti tatkala dia terdengar bunyi bunyian di dapur.

"Umaira." Tegur Afieq. Umaira pusing dan tersenyum. Entah kenapa Afieq hampir sahaja terkejut.

    Umaira mengenakan baju kurung moden berwarna biru lembut. Rambutnya pula diikat sanggul.

"Encik Afieq dah balik. Maaf. Saya leka pula kemas rumah sampai tak sedar dah pukul 8." Kata Umaira. Dia meletakkan sepinggan lauk ikan masak asam pedas di atas meja makan.

"Saya balik dulu." Pamit Umaira. Belum sempat gadis itu melangkah pergi, Afieq memegang lengan Umaira yang dilapisi baju kurung.

"Ke.. Kenapa?" Tanya Umaira. Keliru.

"Kau pergi mana?" Tanya Afieq. Tidak sedikit pun dia memandang wajah Umaira.

"Sa.. Saya balik kampung. Tok Wan sa.. Sakit." Jawab Umaira. Dia memandang ke arah lantai.

"Kenapa tak bagitahu aku?" Tanya Afieq. Umaira diam.

"Kau pembantu rumah aku. Aku majikan kau. Setiap perkara yang kau buat, kau kena bagitahu aku." Kata Afieq. Umaira tersentap. Pembantu rumah.

    Hilangkah rasa cinta Afieq?

"Aku risaukan kau, Umaira." Ujar Afieq. Kali ini dia memandang wajah Umaira. Pegangan tangannya semakin ketat.

"Aku takkan maafkan diri aku kalau ada apa-apa yang berlaku dekat kau." Kata Afieq. Umaira membuntang. Bibirnya diketap. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh mengalir.

"Sebab aku cintakan kau." Sambung Afieq lagi. Kali ini, Afieq melepaskan lengan Umaira.

"Balik." Ujar Afieq. Dia berjalan pergi meninggalkan Umaira di ruang dapur itu berseorangan.

"Apa yang kau dah buat, Umaira?" Ujarnya seorang diri. Air matanya mengalir laju. Hatinya diruntun pilu. Kata-kata Afieq sangat meruntun hatinya. Ikhlas. Afieq ikhlas.

***

    Muka bengis Iriz, Afieq pandang kosong.

"Kau tahu tak bullet tu bahaya. Jarak dekat pulak tu!" Iriz mula membebel.

"Aku nak tanya. Pernah ke kau fight tak pernah kena bullet? Tu normal, Iriz." Kata Afieq malas. Iriz membuntang. Normal?!

"Normal pakcik anda! Kalau kena jantung? Dah lah kau tak pakai vest waktu tu!" Tanya Iriz geram

"Matilah. Apa susah?"

"Afieq Daniel!"

"Yer, Iriz Alexa?"

"Ya allah. Kau tabahkanlah hati aku." Ujar Iriz geram. Susah betul nak deal dengan manusia sedegil Afieq.

"Waktu susah baru kau cari Allah. Waktu senang?"

Zzap!!

    Iriz jeling tajam. Tersentap dia dibuatnya.

"Dah operate belum? Buang bullet?" Tanya Iriz. Afieq angguk.

"Baru bullet yang tu bukannya yang jenis lagi satu tu lagi. Kalau yang tu? Menangis kau kejap lagi." Sindir Afieq. Iriz pandang tajam. Sabar jer lah dia.

"Cotton macam mana?" Tanya Afieq. Dia menyuapkan sesudu Red Velvet cupcake ke dalam mulutnya.

"Sejak bila care pasal Cotton aku?" Tanya Iriz.

"Sejak dia stay rumah aku." Jawab Afieq malas.

"Okay. Lately ni dia asyik demam. Dah bawak pergi ambil vaksin pun sama jer." Kata Iriz. Tangannya bermain dengan straw. Risau dengan Cotton.

"Dia rindu aku. Esok bawak dia jumpa aku."

"Kau dah tak takut kucing ke?!" Tanya Iriz. Terkejut beruk dia dibuatnya.

"Cotton jer kot."

"Wau!"

    Afieq jeling Iriz. Mindanya terbayang Cotton. Kucing baka parsi yang mempunyai mata biru yang comel. Entah kenapa dia sukakan Cottan walaupun dia pernah benci kucing. Mungkin sebab kenangan dia jaga Cotton dengan Umaira kot. Ke sebab Umaira suka Cotton?

    Haih, Afieq. Comelnya kau waktu angau.

Tbc...

Smpai di sini shje agagagagaga

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now